awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yu Qi bertemu Kunlavut pada final Terbuka Malaysia 2026
UPSR, PT3 dikaji semula: Ahli akademik cadang penambahbaikan
76 pesakit dirawat sehari: Amaran serius kesihatan jantung rakyat Malaysia - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Terengganu adakan latihan hadapi PRU-13

Bernama
Bernama
23/02/2013
13:36 MYT
Polis Terengganu adakan latihan hadapi PRU-13
Polis Terengganu akan mengadakan program latihan amal pilihan raya untuk melihat persiapan anggota polis di negeri itu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata dalam latihan kali kedua yang akan diadakan esok itu, pihaknya akan memberi penekanan terhadap aspek lojistik, komunikasi dan penugasan anggota semasa hari mengundi.
"Latihan itu dibuat untuk menghadapi masa mengundi yang memakan masa yang agak panjang iaitu bermula daripada pusat pengundian dibuka hingga proses pengiraan undi.
"Jadi kami nak lihat bagimana anggota kami menjalankan tugas pada hari berkenaan. Bagaimana cara anggota menyampaikan maklumat, jika ada masalah apa tindakan yang patut diambil dan mereka kena buat laporan setiap waktu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Taska Permata Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu oleh isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Jamshah berkata program yang bermula pada 8 pagi itu melibatkan antara 1,500 dan 2,000 anggota polis daerah dan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
Topic Berkaitan
#Datuk Jamshah Mustapa
#Polis Terengganu
#PRU-13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan