awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Terengganu rampas dadah bernilai RM3.6 juta tahun ini

Bernama
Bernama
22/10/2024
15:07 MYT
Polis Terengganu rampas dadah bernilai RM3.6 juta tahun ini
Mohd Khairi (kanan) bersama timbalannya Datuk Wan Rukman Wan Hassan (dua, kiri) melupuskan pelbagai jenis dadah pada di IPK Terengganu hari ini. - Gambar Bernama
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.6 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 30 Sept tahun ini, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin.
Beliau berkata rampasan itu melibatkan dadah seberat 789.71 kilogram dan 6,825.51 liter jenis cecair, yang antaranya merangkumi pil yaba, syabu, heroin, ganja, pil eramin 5, air ketum, daun ketum, ubat batuk dan pil psikotropik.
Bercakap pada Majlis Penyerahan Barang Kes Narkotik Bagi Program Pelupusan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Terengganu hari ini, beliau berkata 1,044 kertas siasatan di bawah kategori bekalan juga telah dibuka di bawah Seksyen 39B, 39A(2) dan 39(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Selain itu sebanyak 2,330 kes di bawah kategori permintaan iaitu meliputi Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 telah dibuka dan ia mencapai Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Bukit Aman," katanya. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan.
Sementara itu Mohd Khairi berkata 24,306.74 kilogram dan 1,989.27 liter dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM2.3 juta dilupuskan hari ini, membabitkan 2,958 kertas siasatan yang berjaya diselesaikan dari 1991 hingga 2024.
"Pelupusan melibatkan dadah jenis methamphetamine, syabu, heroin, ganja, ecstasy dan beberapa lagi. Kesemua dadah ini sudah mendapat perintah mahkamah untuk dilupuskan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daun ketum
#ganja
#methamphetamine
#Perintah Mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan