awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK siap sedia hadapi "bom cuaca" susulan Ribut Goretti melanda
Hamas sedia mudahkan penyerahan pentadbiran Gaza kepada badan bebas
Status darurat Aceh dilanjutkan 14 hari lagi berikutan banjir di Sumatera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima dua laporan tipu pembangunan sekolah agama babitkan penceramah bebas

Bernama
Bernama
06/07/2025
15:25 MYT
Polis terima dua laporan tipu pembangunan sekolah agama babitkan penceramah bebas
Hussein berkata laporan berkenaan dibuat masing-masing di daerah Gombak dan Shah Alam membabitkan dua mangsa iaitu wanita tempatan berusia awal 40-an. - Gambar fail
SHAH ALAM: Polis Selangor mengesahkan menerima dua laporan berhubung kes penipuan bagi tujuan pembangunan sekolah agama membabitkan kerugian RM140,000 melibatkan seorang penceramah bebas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan menerusi satu kenyataan hari berkata laporan berkenaan dibuat masing-masing di daerah Gombak dan Shah Alam membabitkan dua mangsa iaitu wanita tempatan berusia awal 40-an.
"Mangsa pertama adalah pemilik sebuah syarikat yang mengenali suspek iaitu lelaki tempatan berumur lingkungan 30-an dan dikenali sebagai penceramah bebas pada 2020.
"Suspek telah memperdaya mangsa bagi tujuan pembangunan sekolah agama yang dipercayai terletak di Selangor, dengan membuat tiga transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM60,000 bermula Ogos hingga September 2020," katanya.
Hussein berkata mangsa kedua pula membuat pembayaran RM80,000 sekitar tahun 2019.
Beliau berkata suspek menggunakan nama institusi agama untuk meraih kepercayaan sehingga mangsa menyerahkan wang kepada suspek bagi pembangunan sekolah agama berkenaan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dilaporkan berkata pihaknya sedang menyiasat kes melibatkan penyebaran video lucah oleh seorang penceramah bebas.
Mohd Iqbal berkata siasatan dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada seorang wanita iaitu isteri kedua kepada lelaki berkenaan pada 16 Jun lepas, yang mendakwa penceramah itu menyebarkan video hubungan intim dia bersama madunya serta beberapa wanita lain.
Sementara itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menarik semula tauliah mengajar agama bagi seorang ustaz yang baru-baru ini ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes jenayah sejak 2022.
Pengerusi MAIS Datuk Salehuddin Saidin berkata individu berkenaan juga pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada September 2024 kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan
#pembangunan sekolah agama
#penceramah bebas
#polis
#Hussein Omar Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan