Polis mengesahkan ada menerima laporan berhubung pergaduhan membabitkan tiga lelaki di Lebuhraya Link Kedua, Gelang Patah dekat sini, yang videonya tular dalam laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata laporan telah dibuat oleh mangsa, seorang lelaki warga Singapura berusia lingkungan 30an di balai polis berdekatan kira-kira pukul 7.37 pagi.
"Kejadian berlaku dipercayai akibat pelanggaran kereta. Mangsa dimarah dan ditumbuk sebelum kedua-dua suspek beredar.
"Kita masih menyiasat kes di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Pada tengah hari, tular pula sebuah video berdurasi 19 saat di laman Facebook yang menunjukkan dua lelaki menendang, menumbuk seorang lelaki yang berada di sebuah kereta, sebelum kedua-duanya beredar.
Kejadian dilaporkan berlaku pada malam Isnin selepas mangsa dikatakan memotong dan memasuki laluan kereta suspek.
Dalam tempoh berkenaan, lalu lintas sesak di lebuhraya berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 13 2019
Tular sebuah video berdurasi 19 saat di laman Facebook yang menunjukkan dua lelaki menendang, menumbuk seorang lelaki yang berada di sebuah kereta, sebelum kedua-duanya beredar. - Gambar hiasan
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Bakar mercun dalam pasar raya sebelum samun kedai emas
Siasatan awal mendapati suspek tidak bersenjata tetapi telah membakar mercun di ruang tengah pasar raya.
Kanak-kanak 5 tahun maut disyaki didera ibu kandung
Pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati kecederaan di mulut, lebam di seluruh bahagian depan dan belakang badan kemungkinan akibat didera.
Berang ditegur, lelaki tetak rakan serumah
Suspek disyaki tidak mahu menerima teguran daripada mangsa untuk memperlahankan nada suara semasa berbual di telefon.
Suspek pecah rumah nekad terjun jejambat elak ditahan
Kesemua suspek berusia antara 22 hingga 30 tahun berjaya ditahan dan turut mengalami kecederaan patah tangan, bahu dan pinggang.
Kanak-kanak perempuan cedera dipercayai ditikam bapa tiri sakit mental
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera di bahagian perut, dipercayai akibat ditikam bapa tiri yang mempunyai penyakit mental.
Konstabel polis antara empat ditahan terlibat kes samun
Seorang konstabel polis antara empat lelaki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes samun membabitkan seorang lelaki warga Nepal.
Warga emas hampir dirogol warga asing
Warga emas hampir dirogol warga asing
Berang isteri tidak pulang, penganggur bakar kereta saudara
Mangsa cuba memadam kebakaran tersebut, namun gagal dan menyebabkan api merebak ke bahagian lain kereta.
Bayi 20 hari meninggal dunia dipercayai tersedak susu
Kejadian disedari bapa angkat bayi itu yang berusia 35 tahun, apabila mendapati anaknya tidak sedarkan diri, kira-kira pukul 10 pagi.
8 warga China ditahan disyaki terbabit sindiket penipuan dalam talian
Menerusi operasi pada 7.30 malam itu, polis merampas pelbagai peralatan seperti komputer, komputer riba dan telefon bimbit.