awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima laporan wanita dakwa gambar peribadi dipapar dalam video lucah

Bernama
Bernama
04/05/2023
12:36 MYT
Polis terima laporan wanita dakwa gambar peribadi dipapar dalam video lucah
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata laporan dibuat mangsa di Balai Polis Chukai, Kemaman pada Selasa lepas. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang wanita dari Kemaman yang mendakwa gambar dirinya dan ahli keluarga telah disalah guna serta dimuat naik dalam beberapa video lucah yang tular menerusi media sosial pada masa ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata laporan dibuat mangsa di Balai Polis Chukai, Kemaman pada Selasa lepas.
"Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan Seksual Atas Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Bagaimanapun, setakat ini identiti suspek masih belum dikenal pasti," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, media melaporkan mangsa yang dipercayai seorang guru mendakwa gambar dia sekeluarga di Facebook peribadinya telah dimuat naik dalam beberapa video lucah oleh seorang pengguna akaun Twitter sejak Disember tahun lepas.
Video berkenaan memaparkan aksi lucah pelaku dengan menggunakan gambar mangsa termasuk ahli keluarganya iaitu anak perempuannya yang berpakaian seragam sekolah, kakak ipar dan anak saudara perempuannya sebagai gambar latar belakang.
Mangsa turut mendakwa terdapat ramai lagi kanak-kanak dan wanita lain yang merupakan kenalannya di sekitar Kemaman yang turut menjadi mangsa tindakan tidak bermoral suspek itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laporan polis
#gambar peribadi
#video lucah
#Polis Daerah Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan