awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima tiga laporan video peniaga didakwa ludah adunan martabak

Sinar Harian
Sinar Harian
21/04/2023
09:13 MYT
Polis terima tiga laporan video peniaga didakwa ludah adunan martabak
Tular video lelaki sedang mengacau adunan martabak kelihatan seakan-akan sedang meludah adunan tersebut di Bazar Ramadan Labuan Walk. -Facebook
LABUAN: Polis Labuan mengesahkan menerima tiga laporan berhubung satu video tular seorang lelaki berkelakuan seakan-akan meludah adunan martabak yang dijualnya di sebuah bazar di sini.
Ketua Polis Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, laporan polis dibuat susulan daripada satu video berdurasi 12 saat di media sosial sejak Khamis.
"Berkaitan kejadian itu, pihak polis telah menerima sebanyak tiga laporan polis dan hasil penelitian lanjut, kejadian berlaku pada hari yang sama video itu tular di Bazar Ramadan Labuan Walk.
"Melalui rakaman video itu, seorang lelaki dinyatakan sebagai penjual martabak perisa ludah di Bazar Labuan Walk dan telah ditonton serta mendapat kecaman daripada pelbagai pihak yang tidak senang dengan kejadian itu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM 50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya," jelasnya.
Sehubungan itu, Ahmad menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan video atau sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran terhadap masyarakat.
"Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan atau hubungi pegawai penyiasat Asistan Superintendan Mohd Kennedy Mat Jusoh di talian 087-412222," katanya. -Sinar Harian
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#Labuan Walk
#ludah dalam martabak
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan