Pembantu warden madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang direman bagi siasatan kes pukul pelajar berusia 11 tahun, dibebaskan dengan bon mahkamah pada Rabu kerana tiada keterangan yang mencukupi untuk mendakwanya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perkara itu diputuskan selepas berbincang dengan Jabatan Peguam Negara.
"Perkara ini bila kita bawa berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mendapati tidak cukup keterangan untuk kita teruskan (dakwaan) di bawah Seksyen 302, sebab itu mahkamah membenarkan dia (suspek) dijamin bon mahkamah.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302, tetapi sama ada pertuduhan boleh dibuat atau tidak itu perkara kedua," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Persidangan Pegawai-pegawai Aset Polis Diraja Malaysia (PRDM), di sini pada Khamis.
Di Kota Tinggi, pada Rabu, Hakim Mahkamah Sesyen, Salawati Djambari membenarkan permohonan polis untuk membebaskan suspek lelaki berusia 29 tahun itu dengan jaminan bon mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebanyak RM20,000.
BACA: Kes kematian Thaqif Amin: Madrasah tahfiz tampil beri penjelasan
FOTO: 'Kami doakan syurga buatmu, Mohamad Thaqif...'
Dalam pada itu, Khalid meminta ibu bapa dan guru untuk menyalurkan maklumat segera kepada polis jika mengesyaki anak-anak mereka terlibat dalam gengsterisme bagi mencegah aktiviti negatif itu daripada terus menular di sekolah-sekolah.
"Kita tahu masalah ini wujud, kita mahu selesaikan ia dari bawah, kita kembali kepada keluarga dalam menangani masalah ini (gengster), jika ada ibu bapa mengesyaki ada anak-anak terlibat, datang jumpa kita (polis).
"Bukan kita nak tangkap dan rosak masa depan mereka, kita perlu buat sesuatu betulkan keadaan di peringkat awal sebelum mereka menjadi mangsa kumpulan haram ini," katanya.
Beliau berkata PDRM juga telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk membendung masalah gengster di sekolah.
Khalid turut mengesahkan polis menahan tiga penuntut di Sungai Petani, Kedah kerana disyaki terlibat dalam aktiviti gengster hari ini.
Mengulas tentang penahanan dua lelaki warga Turki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti mengancam keselamatan negara ini semalam, Khalid berkata mereka kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.
"Saya tidak mahu komen mengenai apa yang mereka lakukan, yang pasti mereka mengancam keselamatan negara," katanya yang enggan mengulas lanjut.
--BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2017
Pembantu warden madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang direman bagi siasatan kes pukul pelajar berusia 11 tahun, dibebaskan dengan bon mahkamah pada Rabu. - Foto Bernama
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
Polis tahan 12 remaja disyaki pukul pelajar tingkatan tiga hingga lebam
Polis tahan 12 pelajar yang disyaki terbabit dalam kes memukul seorang pelajar tingkatan tiga sehingga lebam.
Polis tidak cukup keterangan dakwa pembantu warden - KPN
Pembantu warden madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang direman bagi siasatan kes pukul pelajar berusia 11 tahun, dibebaskan.