awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpas 'Geng Cendol' curi motosikal

Bernama
Bernama
14/12/2017
10:02 MYT
Polis tumpas 'Geng Cendol' curi motosikal
Tiga suspek ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar Baling. - Gambar hiasan
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling menumpaskan Geng Cendol yang aktif melakukan kegiatan curi motosikal di sini.
Ketua Polis Daerah Baling Supt Sharifuddin Yusof berkata ini berikutan tertangkapnya tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita pada 13 November lalu di Kuala Menora, Kuala Ketil.
"Hasil siasatan daripada tangkapan pertama itu, pihak polis telah mengenal pasti suspek utama yang digelar 'Cendol' dan beberapa anggota kumpulan lain yang bekerjasama dengan suspek dalam kegiatan mencuri motosikal di kawasan Baling, Kuala Ketil, Kupang dan Malau," katanya ketika sidang media di IPD Baling di sini hari ini.
Katanya, bertindak atas maklumat dan siasatan, Op Lejang dilancarkan selama 20 hari bermula 15 November hingga 4 Disember untuk memburu Geng Cendol.
"Hasilnya, polis berjaya menangkap 10 anggota Geng Cendol dalam lingkungan umur 16 hingga 30-an dan sekali gus menyelesaikan 25 kes kecurian motosikal di Baling.
"Sebanyak enam motosikal, 15 rangka motosikal dan empat enjin turut dirampas ekoran tangkapan tersebut," katanya.
Sharifuddin berkata siasatan juga mendapati Geng Cendol itu turut aktif mencuri motosikal di Kulim dan Kuala Muda sejak awal tahun ini selain terbabit dengan lebih 50 kes kecurian motosikal di daerah tersebut.
Beliau berkata sasaran motosikal adalah jenis Honda EX5, Yamaha 125 Z, Yamaha 135 LC, SYM dan Kriss, yang mana motosikal tersebut tidak mempunyai kunci tambahan.
"Motosikal yang dicuri akan disimpan di rumah Cendol sebelum dijual dan biasanya tidak akan disimpan melebihi 24 jam. Motosikal tersebut dijual antara RM250 hingga RM800 dan segala bayaran akan dibayar terus kepada Cendol tanpa melibatkan orang tengah," katanya.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan akan dihukum penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan denda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baling
#curi
#curi motosikal
#geng Cendol
#Kuala Ketil
#kuala muda
#Kulim
#Kupang
#Malau
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan