awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpu 13 kawasan panas di Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Baling

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/04/2023
05:27 MYT
Polis tumpu 13 kawasan panas di Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Baling
Lokasi hotspot kemalangan maut dikenal pasti di empat daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kulim dan Baling. - Gambar/ Astro AWANI
BUKIT KAYU HITAM: Sebanyak 13 kawasan panas kerap berlaku kemalangan maut di negeri ini diberi tumpuan oleh Polis Kontinjen Kedah bagi pelaksanaan Op Selamat 20 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata lokasi dikenal pasti di empat daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kulim dan Baling.
Menurut beliau, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah akan meningkatkan rondaan, pemantauan dan penguatkuasaan di lokasi yang kerap berlaku kemalangan.
"Kita kenal pasti beberapa 'hotspot' di kawasan Sungai Petani, Kulim, Gurun dan Kota Setar sendiri. Operasi telah dilaksanakan dalam tempoh seminggu ini kita buat kawalan yang lebih rapi.
"Kawalan trafik melibatkan 238 keanggotaan yang akan turun padang. Saya pun sudah hadkan cuti mereka ini... lebih kurang dalam 10 peratus sahaja (anggota) kita bagi cuti semasa Hari Raya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau laluan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand dan menyampaikan Bakul Rahmah Raya kepada pegawai dan anggota di Bukit Kayu Hitam pada Rabu.
Jelasnya, pelaksanaan Op Selamat bermula 18 hingga 27 April ini adalah secara penguatkuasaan dan penyuraian kenderaan bagi membudayakan pematuhan undang-undang serta peraturan lalu lintas dalam kalangan pengguna jalan raya seterusnya mengelak kemalangan.
Sementara itu, katanya polis menjangkakan hampir dua juta kenderaan akan memasuki Kedah dua hari sebelum Aidilfitri.
Dalam pada itu, Wan Hassan turut memaklumkan pihaknya menubuhkan pasukan cantas khas yang ditugaskan melakukan tinjauan dan rondaan di kawasan perumahan yang telah dikenal pasti berisiko berlaku jenayah.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Op Selamat
#Kedah
#kesesakan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan