awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keharmonian sambutan upacara keagamaan cerminan kebersamaan rakyat Malaysia - Anwar
Wanita rugi RM10,000 selepas beg galas dalam kereta dicuri
Pemimpin Bersatu sertai DAP? - 'Sila ikut prosedur' - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tunggu arahan lanjut berhubung dua kes buli di Perak

Bernama
Bernama
12/07/2022
11:53 MYT
Polis tunggu arahan lanjut berhubung dua kes buli di Perak
Mior Faridalathrash berkata siasatan bagi kedua-dua kes masing-masing di daerah Hilir Perak dan Kuala Kangsar itu telah selesai dan pelajar terbabit dibebaskan dengan jaminan polis. - Gambar/ Bernama
KUALA KANGSAR: Polis masih menunggu arahan selanjutnya daripada Jabatan Peguam Negara berhubung dua kes buli melibatkan pelajar sekolah di negeri ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata siasatan bagi kedua-dua kes masing-masing di daerah Hilir Perak dan Kuala Kangsar itu telah selesai dan pelajar terbabit dibebaskan dengan jaminan polis.
"Kertas siasatan masih di bawah Jabatan Peguam Negara. Saya percaya satu keputusan akan dibuat tidak lama lagi ke atas semua kes pelajar yang terlibat dengan kegiatan buli ini," katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di Kompleks Perumahan PDRM Kuala Kangsar di sini pada Selasa.
Pada 23 Jun lepas, polis menahan 10 pelajar sebuah asrama sekolah menengah di Teluk Intan berhubung kes buli sehingga mendatangkan kecederaan membabitkan seorang pelajar lelaki tingkatan dua di asrama itu.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipukul secara beramai-ramai serta dicederakan dengan menggunakan seterika panas dipercayai berpunca akibat cemburu terhadap mangsa yang berbual dengan seorang pelajar perempuan yang juga teman wanita kepada seorang daripada suspek.
Pada Disember tahun lepas, seorang pelajar sebuah sekolah berasrama menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar lelaki di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah sehingga tular di media sosial yang memaparkan mangsa dikepung dan ditumbuk di bahagian perut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#kes buli
#Perak
#Mior Faridalathrash Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan