awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Pertahanan perkukuh penggunaan digital dan AI - Khaled
Inisiatif pembiayaan KUSKOP perkukuh akses pembiayaan PMKS - FMM
Guru obesiti 350kg terlantar dalam bilik air
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita rugi RM10,000 selepas beg galas dalam kereta dicuri

Bernama
Bernama
31/01/2026
11:30 MYT
Wanita rugi RM10,000 selepas beg galas dalam kereta dicuri
Suspek dipercayai membuka pintu hadapan kenderaan mangsa dan melarikan beg galas. - Gambar/ Media sosial
BALING: Seorang wanita kerugian RM10,000 selepas beg galas yang diletakkan di dalam keretanya dicuri dalam kejadian berhampiran sebuah pasar raya di Kupang dekat sini pada Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Baling Supt Brandon Richard Joe berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi ketika wanita berkenaan dikatakan meletakkan kereta Perodua Avanza berwarna kelabu di tepi pasar raya berkenaan.
"Laporan polis diterima pada 11.40 pagi pada hari sama... wanita itu dikatakan keluar daripada kereta dan masuk ke pasar raya untuk membeli barang keperluan.
"Selepas selesai membeli barang, mangsa terus pulang ke rumah dan menyedari beg galasnya tiada di dalam kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati kenderaan itu diletakkan pada jarak 15 meter dari pintu hadapan pasar raya berkenaan.
"Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30-an telah membuka pintu hadapan kenderaan itu dan melarikan beg galas milik mangsa.
"Wang tunai RM10,000 itu adalah hasil perniagaan yang dibawa mangsa untuk disimpan di dalam bank dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes curi
#curi dalam kereta
#kes samun
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan