awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penerbangan terus Qingdao-Pulau Pinang bermula 31 Mac - Exco
Kementerian Pertahanan perkukuh penggunaan digital dan AI - Khaled
Inisiatif pembiayaan KUSKOP perkukuh akses pembiayaan PMKS - FMM

Keharmonian sambutan upacara keagamaan cerminan kebersamaan rakyat Malaysia - Anwar

Bernama
Bernama
31/01/2026
11:30 MYT
Keharmonian sambutan upacara keagamaan cerminan kebersamaan rakyat Malaysia - Anwar
Anwar berkata Thaipusam sarat dengan makna pengorbanan, keinsafan serta kekuatan spiritual dan nilai kesabaran. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menunaikan ibadat Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan selamat Thaipusam kepada penganut Hindu, menekankan makna pengorbanan, keinsafan, dan kekuatan spiritual serta nilai kesabaran yang terkandung dalam perayaan itu.
  • Anwar menekankan disiplin, ketekunan, serta keharmonian dalam sambutan upacara keagamaan dan kebudayaan bagi mencerminkan kebersamaan dalam kepelbagaian rakyat Malaysia.
  • Beliau berharap Thaipusam dapat membawa ketenangan jiwa kepada penganut Hindu, serta mendorong rasa saling menghormati dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum negara ini.

Anwar menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata Thaipusam sarat dengan makna pengorbanan, keinsafan serta kekuatan spiritual dan nilai kesabaran.
Justeru, disiplin bersama ketekunan yang dizahirkan sepanjang ibadat ini wajar dihormati selain dihargai bersama, kata Perdana Menteri.
"Ketertiban dan keharmonian dalam setiap sambutan upacara keagamaan serta kebudayaan di negara ini mencerminkan kebersamaan dalam kepelbagaian rakyat Malaysia dan perbezaan bukan menjadi sesuatu yang asing, sebaliknya realiti yang telah lama membentuk jati diri Malaysia," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap Thaipusam membawa ketenangan jiwa buat seluruh penganut Hindu, serta terus menyuburkan rasa saling menghormati dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Perdana Menteri turut berharap Thaipusam dapat dilaksanakan dengan penuh kesyukuran dan tertib, sambil sentiasa menjunjung adab serta nilai yang menjadi teras kehidupan bermasyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thaipusam
#ketenangan jiwa
#jati diri
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.