awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam kes tembak diugut di media sosial, polis kesan profil 'suspek'

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/12/2025
06:30 MYT
Peguam kes tembak diugut di media sosial, polis kesan profil 'suspek'
Shazeli Kahar (tengah) berkata, setakat ini pihak polis sudah mengambil keterangan daripada pengadu serta beberapa individu lain bagi membantu siasatan. - Gambar/ Mohammad Luqman Abdul Aziz
SHAH ALAM: Polis masih menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu mengesan profil individu yang dipercayai memuat naik ugutan di media sosial terhadap seorang peguam yang mewakili keluarga tiga lelaki yang terlibat dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka, bulan lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, setakat ini pihak polis sudah mengambil keterangan daripada pengadu serta beberapa individu lain bagi membantu siasatan.
Beliau memaklumkan, laporan berhubung ugutan berkenaan diterima polis pada 5 Disember lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kita memohon bantuan MCMC bagi mendapatkan maklumat profil individu yang membuat komen berunsur ugutan terbabit dan masih menunggu maklum balas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, pada Isnin.
Sebelum ini, Polis Petaling Jaya mengesahkan menerima laporan daripada peguam berkenaan.
Dalam laporan itu, pengadu memaklumkan beliau membaca satu komen daripada individu yang tidak dikenali menerusi hantaran di platform media sosial ketika berada di pejabatnya di Petaling Jaya.
Komen tersebut mengandungi unsur ugutan bunuh, dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang sedang dikendalikannya.
Sebelum ini, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata, tiga suspek dikenali sebagai Geng DT ditembak mati selepas menetak seorang koperal polis yang cuba menahan mereka dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, 24 November lalu.
Hasil siasatan mendapati suspek utama berusia 29 tahun mempunyai 39 rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah serta turut dikehendaki polis, manakala seorang lagi suspek memiliki 12 rekod jenayah dan dadah.
Kumpulan berkenaan dipercayai aktif melakukan jenayah samun bersenjata di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dengan jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM1.35 juta.
Topic Berkaitan
#kes peguam kena ugut
#kes polis tembak penjenayah
#ugutan di media sosial
#Shazeli Kahar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan