SHAH ALAM: Selepas dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi pertuduhan setuju menerima rasuah, seorang sarjan polis wanita didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anaknya bagi kesalahan cabul, dua tahun lepas.
Nur Mastisha Maidinsha, 39, mengaku tidak bersalah telah secara rasuah memperoleh bagi dirinya satu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas anak lelaki tersebut bagi kesalahan cabul.
Wanita itu yang bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah stesen minyak di Batu 9, Cheras dekat sini pada 8.05 malam, 12 Okt 2022.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atiqah Mohamad Alias memohon mahkamah mengguna pakai jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin bagi kes rasuah yang dihadapi Nur Mastisha di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
"Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada setiap minggu pertama setiap bulan. Sehubungan itu, kami memohon kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama kes dihadapinya semalam (setuju terima rasuah)," katanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membantah permohonan berkenaan.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan permohonan mengenai jaminan dan syarat tambahan serta memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur selain menetapkan tarikh sebutan di mahkamah tersebut pada 17 Mac depan.
Semalam di Kuala Lumpur, polis wanita terbabit mengaku tidak bersalah bersetuju bagi menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sama sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anak lelaki itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan menerima suapan wang tunai RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas anak lelaki tersebut bagi kesalahan cabul. -Gambar hiasan
Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.
Serangan balai polis: 7 termasuk 5 ahli keluarga suspek masih disiasat
Tujuh individu masih direman dan disiasat berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota.
Eksport Malaysia rekod peningkatan ketara pada April 2024 - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus.
Ideologi Guardiola bentuk Man City muncul kelab terbaik England
Dominasi Manchester City dalam saingan domestik seakan terlalu sukar digugat apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut.
Perintah larangan: Che'gu Bard akan rayu keputusan mahkamah
Che'gu Bard, 45, akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, yang mengeluarkan perintah larangan bersuara berhubung kes kasino Forest City, Iskandar Puteri.
ME 20/2024 peningkatan kes sebanyak 14.8%
Di Malaysia, pada ME 20/2024 iaitu pada12 Mei hingga 18 Mei 2024 sebanyak 1,230 kes COVID-19 dilaporkan, ia merupakan peningkatan sebanyak 14.8% berbanding ME 19/2024.
Suka kongsi hal peribadi di media sosial, mungkin alami FOMO
Mereka yang terlalu berkongsi hal-hal bersifat peribadi tentang kehidupan di media sosial mungkin mengalami sindrom FOMO (fear of missing out) atau 'ketakutan kehilangan' sesuatu peristiwa, perkembangan semasa dan masa kini di media sosial.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter Presiden Iran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berjalan jauh, tidak dibenar duduk cabaran unit peronda TH
Berjalan kaki sehingga lapan kilometer sehari dan sebahagian besar masa dihabiskan dalam cuaca panas melebihi 40 darjah celsius sudah menjadi rutin kepada anggota Unit Pasukan Peronda Tabung Haji (TH) setiap kali musim haji tiba.
Helikopter Presiden Iran terhempas, apa selepas ini?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff mengulas berkenaan impak politik terhadap Iran susulan nahas helikopter yang meragut nyawa Ebrahim Raisi.
Sarjan terima rasuah tutup kes cabul didenda RM8,000
Nur Mastisha Maidinsha, 39, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.
Anggota polis wanita maut, rakan parah kemalangan
Kemalangan berlaku pada jam 12.58 tengah hari membabitkan sebuah motosikal Yamaha Ego Solariz dan lori.
Polis wanita didakwa lagi, terima rasuah RM3,000
Selepas dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi pertuduhan setuju menerima rasuah, seorang sarjan polis wanita didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan RM3,00
PDRM nafi maklumat tular kononnya pegawai polis dibunuh
Pegawai polis wanita berkenaan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu di Klang pagi semalam.
Anggota polis wanita cedera dipukul bekas teman lelaki
Seorang anggota polis wanita cedera di muka dan beberapa bahagian badan selepas dipercayai dipukul bekas teman lelakinya di Taman Rasa Sayang di Batu 9, Cheras.