KUCHING:Polisi bagi kemasukan ke Sarawak semasa COVID-19 kekal dan tidak berubah.
Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, individu yang tiba dari Semenanjung, Sabah dan luar negara wajib menjalani kuarantin 14 hari sebaik sahaja tiba di negeri itu.
“Salah satu cara untuk memastikan Sarawak selamat (bebas COVID-19) ialah tidak mengikuti polisi semasa yang diguna pakai oleh Semenanjung Malaysia dan Sabah.
“Sarawak kekal mengamalkan polisi semasa menangani COVID-19 berhubung kemasukan ke negeri ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak menjelaskan, pengekalan polisi kemasukan itu diguna pakai sejak 27 Januari 2020 apabila Sarawak menguatkuasakan autonomi imigresen dan kesihatan awam terhadap COVID-19.
Katanya, keputusan menguatkuasakan kedua-dua autonomi itu dibuat melalui perbincangan bersama Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu kenyataan memaklumkan bermula esok, pengembara dari Sabah yang mahu ke negeri-negeri lain di Malaysia perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 tiga hari sebelum berlepas.
Kata Dr Adham, sekiranya individu itu didapat positif atau bergejala, mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan keluar dari Sabah.
BACA: COVID-19: Buat saringan tiga hari sebelum keluar dari Sabah - Dr Adham Baba
BACA: COVID-19: Lakukan ujian saringan tiga hari sebelum keluar dari Sabah - Masidi
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue Nov 24 2020

Polis bagi kemasukan ke Sarawak semasa COVID-19 kekal dan tidak berubah.

Abang Johari umum BKSS 5.0 petang ini, bantuan untuk rakyat Sarawak
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini akan mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 dalam usaha memacu ekonomi negeri dan rakyat Sarawak.

AWANI Pagi: Memahami COVID-19 dan kesannya kepada bayi
Apakah yang perlu kita tahu mengenai jangkitan terhadap golongan ini. Dan bersama kami di talian skype pada ketika ini adalah, Pakar Pediatrik Neonatologi UIAM, Dr Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Orang Asli | Datuk, rakan didakwa serang pelanggan

Kekurangan diri tidak halang pemuda Gaza ini pelajari karate
Youssef tidak melihat kekurangan dirinya sebagai suatu halangan untuk merealisasikan apa yang diimpikannya.

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Orang Asli Perak | Geng samun warga asing tumpas
![[INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19 [INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/8314689791611189816411/1886516_8967789641611189833391_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42725667021611189002896/1886529_26098766711611189124910_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hafizi Rosli dan Afiezy Azaman.

'Passion' tidak dimiliki si penghina waktu! Mahalnya disiplin kerja Tan Sri Razali Ismail
"Passion" secara tafsiran umum lebih relatif sebagai kata positif mempromosi diri bagi orang yang mahu dilihat "hebat" terhadap minat atau kerjayanya.

AWANI Ringkas: COVID-19: Kes positif kini lebih 96 juta | New York kehabisan bekalan vaksin

Jenayah | Datuk, rakan serang pelanggan didakwa hari ini
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan didakwa di mahkamah, hari ini. Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya pada jam 9 pagi atas dakwaan sengaja menyebabkan kecederaan dan perbuatan khianat.

Polisi kemasukan ke Sarawak tidak berubah, perlu jalani kuarantin 14 hari - Dr Sim
Individu yang tiba dari Semenanjung, Sabah dan luar negara wajib menjalani kuarantin 14 hari sebaik sahaja tiba di negeri ini.