Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuat kajian terperinci terlebih dahulu terhadap polisi pengajian tinggi negara sekiranya polisi pendidikan di Amerika Syarikat berubah berikutan perubahan kepimpinan negara itu.
Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pada masa kini polisi pengajian tinggi akan diteruskan dan para pelajar boleh meneruskan pengajian sebagaimana biasa.
"Setakat ini tiada perubahan terhadap dasar pendidikan dengan negara itu dan ianya berjalan seperti biasa dengan tiada sebarang perubahan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah komuniti yang ke-56 kepada Wan Malik Wan Hassan, 43 di Kampung Lay Out Tok Has di sini hari ini.
Idris berkata demikian ketika mengulas kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat baru-baru ini.
Trump sebelum ini ketika kempen pilihan raya di negara itu banyak mengeluarkan kenyataan kontroversi dan bersifat anti-Islam dan rasis seperti akan menghalang umat Islam dari memasuki negara itu.
Idris dalam pada itu turut mengulas mengenai Rumah Komuniti yang ke-59 itu, yang dibina menggunakan teknologi terbaharu dari Perancis iaitu HyperBim yang mana rumah itu mampu disiapkan dalam masa sembilan hari sahaja.
Menurutnya, sistem HyperBim ialah satu inovasi dalam pembinaan rumah melalui kombinasi kerangka aluminium dan teknologi konkrit.
"Dengan menggunakan simen khas yang dituangkan melalui 300 acuan kerangka mmbolehkan rumah didirikan hanya dalam masa lima hari tidak termasuk menyimen dan mengecat untuk empat hari lagi", kata Idris lagi.
Katanya, rumah yang dibina dengan bantuan dua pensyarah dan enam pelajar dari Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor itu setakat ini merupakan Rumah Komuniti yang terbaik dibina untuk penduduk miskin di Besut.
Pada hari ini selain di Kampung Lay Out Tok Has, sebanyak lima buah rumah Komuniti lagi diagihkan kepada penduduk miskin membabitkan tiap sebuah di Kampung Pangkalan Atap, Kuala Besut; Kampung Pak Wong; Kampung Panchor, Hulu Besut; Kampung Pengkalan Nyireh dan Kampung Alor Intang, Besut.
Turut hadir di majlis penyerahan itu Ketua Pengarah Kolej Komuniti Datuk Amir Md Noor dan Pengarah Kolej Komuniti Sabak Bernam Yusof Paal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2016
IDRIS: ada masa kini polisi pengajian tinggi akan diteruskan dan para pelajar boleh meneruskan pengajian sebagaimana biasa.
Hentikan pengusiran, pemusnahan Bajau laut - CENTHRA
Kerajaan turut digesa menghormati dan melindungi hak Bajau Laut.
TH beri komitmen sepenuhnya kepada PDRM tangani isu jemaah haji terkandas, penipuan pakej haji
Tabung Haji akan beri komitmen penuh kepada PDRM yang telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk tangani isu jemaah haji terkandas.
Fadhlina ucap takziah guru maut kemalangan bas bawa rombongan
Fadhlina Sidek merakamkan ucapan takziah kepada keluarga guru Allahyarham Hasnatul Adila Hasan dan pemandu yang meninggal dunia.
KBS bentang kajian impak Sukan SEA 2027 sebelum Paris 2024 - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bakal membentangkan kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027 kepada Kabinet sebelum temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris bermula 26 Julai ini.
Seorang maut, tiga cedera kereta terbabas langgar 'backhoe'
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di belakang tempat duduk penumpang depan.
AWANI Ringkas: Krisis air Pulau Pinang | Huzz dalam kenangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza
Malaysia dan negara-negara anggota D-8 meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.
Realiti bagi pelajar bukan Cina
Murid bukan Cina hari ini membentuk kira-kira 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di sekolah rendah Cina di seluruh negara, termasuk Melayu, India, Orang Asli serta warga asing.
[TERKINI] Dua maut, 37 cedera dalam nahas jalan raya bas, treler
Dua termasuk seorang wanita maut selepas bas ekspres membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah pada awal pagi Ahad.
Bas membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu yang dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun.
Bas membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu yang dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun.
Warga emas diugut gambar bogel disebar, rugi lebih RM40,000
Seorang lelaki warga emas kerugian RM44,500 apabila diperas seorang wanita warga asing yang mengugut akan menyebarkan video bogelnya.
Pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksana ketika saya jadi PM - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tuduhan dilemparkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelupusan hutang peneroka FELDA merupakan pembohongan besar.
Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Idris Jusoh lepaskan jawatan Pengerusi Felda
Idris menerima keputusan Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti beliau.
Penyata hutang peneroka Felda dibentang akhir Jun
Penyata hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi 2022 akan dibentangkan selewat-lewatnya hujung Jun ini.
Malaysia-Indonesia capai resolusi kurang kadar kemiskinan, model Felda akan jadi contoh
Malaysia dan Indonesia telah mencapai satu resolusi untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Asia Tenggara serta meningkatkan sekuriti makanan di rantau ini.
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Felda beri impak kepada aliran tunai
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjumlah RM8.3 bilion yang selesai dilaksanakan pada tahun 2021 telah memberi impak besar kepada aliran tunai Felda.
Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh
Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu.
PRU15: Idris umum tak bertanding, beri laluan pemimpin muda
Keputusan untuk tidak bertanding pada PRU diambil sejak 2013 bagi memberi laluan kepada pimpinan muda meneruskan legasi parti.
PRU15: Idris Jusoh serah kepada parti tentukan pencalonan
Tan Sri Idris Jusoh menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO, untuk menentukan sama ada beliau akan disenaraikan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Besut yang disandangnya.
Dewan Rakyat: Kerjasama pelbagai agensi diperkukuh elak penipuan visa furada berulang - Idris
Bagi musim haji 2022, TH telah memberikan lesen kepada 22 syarikat PJH dan THTS untuk mengendalikan pakej haji.