Pemuda UMNO percaya perjuangan berkonsepkan politik bakti dan politik penyelesaian mampu mengekalkan kelangsungan hidup parti berusia 71 tahun itu, kata ketua sayap pergerakan itu Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, Pemuda UMNO di bawah kepimpinannya akan terus menjadi penggerak kepada konsep berkenaan selagi mana ia berkesan dalam memastikan UMNO terus menjadi pilihan utama rakyat untuk memimpin negara,
"Bagi saya sendiri dan seluruh kepimpinan Pemuda hari ini, kita amat mementingkan politik khidmat bakti dan politik penyelesaian. Laungan "Hidup Melayu" itu bukan sekadar pada ucapan atau pekikan suara semata-mata...Melayu akan terus hidup. Tapi kehidupan bagaimana yang kita mahukan.
Bolehkah kelangsungan hidup (parti) kita ini terjamin hanya jika Pemuda UMNO hari ini hanya bersifat pendesak, tanpa boleh berfikir dan melahirkan idea-idea segar untuk membantu rakyat?" katanya dalam jawapan bertulis kepada Bernama bersempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71, esok.
Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, bagaimanapun menegaskan bahawa UMNO, khususnya sayap Pemuda, sentiasa terbuka kepada kedinamikan landskap politik Malaysia, dan dan akan terus bergerak selari dengan masa bagi memastikan parti itu kekal relevan.
Walaupun Pemuda UMNO pernah dikaitkan dengan sifat radikal, terutama sekali sewaktu era Datuk Harun Idris dahulu, Khairy menolak tanggapan sedemikian, sebaliknya menegaskan sayap parti itu pada masa dahulu lebih dilihat sebagai bersifat pendesak dan sedikit berhaluan kanan.
Katanya corak pergerakan sayap itu dinamik dan berubah mengikut landskap politik semasa, demi memastikan ia sentiasa mendapat tempat dan kepercayaan di mata masyarakat, khususnya golongan muda di negara ini.
"Pada saya UMNO atau Pemuda UMNO itu tidak pernah sesekali radikal, melihat kepada sejarah penyatuan kita bersama-sama parti kaum lain di bawah Barisan Nasional sejak dahulu. Mungkin perkataan yang lebih sesuai buat Pemuda UMNO dahulu ialah sedikit berhaluan kanan dan bersifat sebagai kumpulan pendesak. Yalah, ia melihat kepada keperluan pada sesuatu zaman itu.
UMNO dan Pemuda UMNO khususnya sering bergerak selari dengan masa. Kita sentiasa mendepani zaman. Wadah kita adalah wadah rakyat. Kita merasai setiap denyut nadi rakyat yang memerlukan perubahan dan kemahuan dari semasa ke semasa. Sebagai organisasi politik, UMNO tidak pernah dan tidak akan sesekali statik," kata Anggota Parlimen Rembau itu.
Sebagai contoh, kata Khairy sebanyak 10 cadangan dan idea Pemuda telah digariskan dalam ucapan dasar beliau sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, antaranya — peluang pekerjaan untuk golongan muda, perumahan, serta biasiswa pendidikan - bukan sahaja mendapat perhatian khusus, malah dasar-dasar penyelesaian daripada Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden parti.
Menyentuh mengenai persiapan Pemuda menjelang Pilihan Raya Umum yang bakal menjelang, Khairy berkata sayap itu sentiasa aktif dalam melakukan penerangan kepada isu-isu semasa kepada masyarakat bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional tidak terus dipalitkan dengan persepsi negatif.
"Saya bersyukur kerana parti kini berada dalam keadaan yang utuh. Sokongan ahli dan pimpinan terhadap presiden semakin mantap dan pelbagai isu yang dipalitkan dengan UMNO telah kita jawab satu-persatu.
Pelbagai dasar kerajaan juga telah dilaksanakan dengan baik sekali dari semasa ke semasa. Dasar-dasar seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia), Rumah Transit merupakan titik sentuh yang baik antara kerajaan dengan rakyat. UMNO dan BN terus membuktikan kita bukan hanya berupaya membawa pembangunan ekonomi serta negara, tetapi juga mampu menyelesaikan permasalahan rakyat di peringkat keluarga ataupun individu," kata Khairy.
Namun beliau berkata, di sebalik kejayaan-kejayaan itu, kesemua anggota UMNO harus sentiasa peka dan mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan persepsi rakyat terhadap UMNO secara bijak.
(Persepsi ini) kelemahan yang mungkin ada pada diri kita sendiri, apatah lagi dengan tindakan pembangkang yang sering memutarbelitkan fakta demi kepentingan mereka. Kesatuan dalam UMNO dan Barisan Nasional kini juga berada dalam tahap terbaik, berbanding keadaan yang melanda pakatan pembangkang sekarang," katanya
Khairy berharap agar Pemuda di bawah kepimpinan akan datang, serta UMNO itu sendiri, akan terus berani melakukan perubahan, mengubah pendekatan dan merancang polisi yang sesuai dengan peraliran zaman
"Jika Pemuda UMNO kekal seperti sekarang, sudah tentu ia sebuah sayap politik yang statik. Jika kekal dengan model dan cara lama, kita akan menjadi tidak relevan pada masa akan datang dan ditolak oleh rakyat. Saya mengharapkan agar Pemuda UMNO pada masa mendatang akan kekal relevan dalam mendepani keperluan serta permasalahan rakyat," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2017
Pemuda UMNO di bawah kepimpinannya akan terus menjadi penggerak kepada konsep berkenaan selagi mana ia berkesan dalam memastikan UMNO terus menjadi pilihan utama rakyat untuk memimpin negara,
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.