KUALA LUMPUR: Semua ahli politik di Malaysia perlu menerima dinamika baharu dalam politik negara yang beralih daripada persaingan dua parti politik kepada sistem pelbagai parti.
Koordinator Penyelidikan Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, dalam sistem terbaharu itu, perkara paling penting adalah kompromi antara Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang.
Jelasnya, ia termasuklah memeterai Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) melibatkan kedua-dua belah pihak.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Muhyiddin dijangka buat pengumuman khas petang ini
“Ini bukan perkara asing lagi kerana mana-mana negara yang amalkan demokrasi matang telah melalui perkara sama seperti di Australia.
“Apa yang berlaku hari ini adalah krisis tapi ia juga lembaran baharu untuk kita lihat politik atau sistem parti yang lebih matang.
“Di mana kita tidak lagi melihat kuasa Perdana Menteri seolah-olah seperti kuasa Presiden, dominasi Kabinet dalam membuat keputusan,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Isnin.
Tambahnya, beliau berpendapat mana-mana kerajaan yang dibentuk selepas ini perlu memeterai CSA dengan pembangkang dan tidak terhenti selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sebelum ini, kita dapat saksikan ledakan-ledakan kecil politik ini telah mengubah landskap politik negara khususnya dalam kalangan anak muda untuk melihat perspektif dan agenda politik yang baharu.
“Ini bukanlah satu benda yang asing lagi, ini satu benda yang mereka mahukan dan perjuangkan secara lantang. Apa yang berlaku adalah mereka mahu menyaksikan reformasi institusi atau Parlimen.
“Di peringkat Kerajaan Persekutuan, saya fikir kecuaian kerajaan ketika itu adalah tidak berkompromi dengan pihak pembangkang dalam membawa agenda ekonomi atau kerjasama bipartisan itu agak ketara,” ujarnya.
Mengambil contoh negeri Perak dan Johor, Fakhrurrazi berkata keadaan menjadi lancar buat kedua-dua negeri itu selepas kerajaan dan pembangkang menjalinkan kerjasama sedemikian.
Ridauddin Daud
Mon Aug 16 2021
Di peringkat Kerajaan Persekutuan, Fakhrurrazai berpendapat kecuaian kerajaan ketika itu adalah tidak berkompromi dengan pihak pembangkang dalam membawa agenda ekonomi atau kerjasama bipartisan. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Perpecahan dalaman boleh lemahkan PBB - Uggah
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keperluan untuk semua ahli parti berkenaan supaya bersatu semakin mendesak.
AS Memilih: Persepsi buruk terhadap imigran, mampu undang kekalahan Trump - Diaspora Malaysia
Persepsi buruk calon Presiden AS dari Parti Republikan, Donald Trump terhadap golongan pendatang di negara itu mampu menyumbang kepada kekalahannya pada Pilihanraya Presiden, Selasa ini.
AS Memilih: Sokongan pempengaruh dan selebriti popular main peranan besar
Sokongan daripada golongan selebriti dan pempengaruh media sosial memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pengundi khususnya golongan muda membuat keputusan dalam memilih Presiden Amerika Syarikat.
Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.
Tak salah berunding untuk tubuh kerajaan - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan rundingan antara parti untuk membentuk kerajaan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi.
PRK Mahkota: Pengundian tamat, penjumlahan undi bermula
Berdasarkan data SPR seramai 61,274 pengundi layak untuk mengundi hari ini manakala undi awal telah berlangsung pada Selasa lepas.
Sultan Pahang titah tanggungjawab jaga syiar Islam tugas bersama
Tanggungjawab berkenaan tidak boleh dipisahkan atau dipecah-belahkan atas dasar fahaman politik atau perbezaan ideologi.
Kerajaan GRS-PH Plus adil kepada semua tanpa mengira fahaman politik - Hajiji
Hajiji berkata walaupun pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya serta kerajaan pimpinannya, namun soal keadilan tetap menjadi pegangan beliau.
Tok Mat seru sayap Wanita, Pemuda, Puteri UMNO pertahankan parti daripada 'politik toksik'
Tok Mat berkata media sosial telah menjadi arena kepada revolusi yang mengetengahkan politik toksik, kebencian dan nista tersebut.
PRK Nenggiri: Awie ikrar beri khidmat kepada rakyat tanpa mengira warna politik
Mohd Azmawi berkata tanggungjawab itu pastinya akan digalas sebaik mungkin kerana telah dipilih sebagai wakil kepada semua penduduk di DUN berkenaan.