PENDOKONG politik identiti seringkali mendakwa bahawa mereka yang memartabatkan dan memperkuatkan asas perpaduan nasional dengan mengutamakan perpaduan Melayu.
Walaupun ianya munasabah untuk menganggap bahawa perpaduan Melayu sebagai bangsa teras negara tercinta merupakan prasyarat penting untuk perpaduan nasional, juga adalah wajar untuk menegaskan bahawa perpaduan nasional boleh digadaikan dalam usaha merealisasikan agenda perpaduan Melayu.
Wacana perpaduan Melayu tidak boleh terlepas dari politik kepartian dan ia secara stereotaip dikaitkan dengan UMNO – sebagai parti Melayu terunggul kerana latar belakang, sejarah dan rekod prestasi sebagai pemerintah selama 60 tahun yang lalu.
Oleh itu, politik identiti dalam bentuk agenda perpaduan Melayu-Islam (perpaduan ummah) cenderung dipolitikkan dan bersifat polemik.
Maknanya, dalam seruan untuk Melayu bersatu padu, para pelaung atau penyorak politik identiti pasti akan terjerumus ke dalam retorik mencerca mereka yang menekankan perpaduan nasional.
Lebih buruk lagi, secara umumnya, pelaung identiti politik akan menghina martabat minoriti tertentu sebagai pendatang dengan tujuan menyemai benih syak wasangka dan persengketaan – yang menjejaskan asas perpaduan nasional.
Pada masa lalu, masyarakat minoriti tertentu akan terpalit secara kolektif yang tidak berbeza dengan bagaimana orang Yahudi dilabel dan dihina sebagai “parasit”, “penghisap darah”, dll. Secara kebiasaan, mereka digambarkan sebagai tamak, tak berhati perut, dan kiasu (“takut kalah” dalam Hokkien) – bertekad untuk menang dengan apa cara sekalipun.
Kononnya, Melayu mudah diambil kesempatan – kerana sikap lemah lembut dan santai mereka. Sekiranya Melayu terus bersikap akomodatif, mereka akan senantiasa dianggap lemah di kaca mata masyarakat minoriti dan akhirnya akan dipijak kepala.
Pepatah yang sering disebut adalah, “dalam memberikan satu inci, orang Melayu akhirnya akan menyerah satu batu”.
Karakter Melayu yang bertolak-ansur (berkompromi) akan melihatkan mereka beransur-ansur ditolak.
Sememangya, ianya mempunyai unsur kebenaran – tidak dapat diragukan sebagai pengalaman dunia nyata dan hakikat.
Akan tetapi, tidak dapat dinafikan bahawa, umpamanya, penjualan dan pemindahan tanah rizab Melayu hanya dapat dilakukan dengan persetujuan dan penglibatan pihak berkuasa yang merupakan entiti Melayu.
Oleh itu, walaupun, secara angan-angan atau kemungkinan kecil, Melayu bersatu di bawah panji-panji protagonis politik identiti dalam bentuk gabungan atau parti tunggal seperti UMNO atau bahkan Pas, ia pasti akan memudaratkan perpaduan nasional secara keseluruhannya.
Dalam kata lain, walaupun bercanggah dengan pendirian sedia ada, seruan perpaduan Melayu menggadaikan perpaduan nasional. Perpaduan Melayu hanya tercapai dengan menghambatkan perpaduan nasional.
Bukankah ini sangat bercanggah sama sekali?
Ini berlaku oleh kerana ideologi nasional, kontrak sosial, dan peruntukan yang kekal termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan – bangsa dan agama – dipolitikkan dan dimanipulasi secara habis-habisan untuk kepentingan peribadi politikus semata-mata.
Jadi, bagaimana untuk tidak mempolitikkan bangsa dan agama?
Mudah sahaja.
Jangan.
Ada perlunya tekad dan keazaman politik untuk membezakan dengan jelas antara politik dan dasar.
Daripada memperjuangkan bangsa dan agama kerana naluri asas dan memenuhi kepuasan nafsu, artikulasikan cara bagaimana kedua-dua kategori asas identiti perlembagaan kita dapat digunakan untuk memperkasakan dan mengembangkan perpaduan nasional dan pembinaan negara.
Ciri kemelayuan Perlembagaan Persekutuan adalah asas dan teras di mana ciri nasional dipupuk, dibentuk, dihayati dan dikonseptualisasi.
Seperti yang telah diujarkan ahli akademik dan cendekiawan terkenal Dr Chandra Muzaffar, perwatakan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan diwarisi daripada perwatakan Tanah Melayu, dari sudut sejarah.
Di satu sisi, ini bukan alasan bagi mendorongkan ketuanan Melayu. Tetapi di sisi lain pula, kedaulatan raja-raja Melayu dan kepemimpinan Melayu mesti diterapkan ke arah perpaduan nasional dan pembinaan negara sepenuhnya.
Maknanya, secara negatif, perwatakan Melayu tanahair jangan dipolitikkan bagi “belah bahagi dan takluk” (divide and conquer) antara majoriti dan minoriti dalam negara tercinta. Bukan untuk mengelompokkan golongan minoriti – seolah-olah kejahatan individu secara automatik disamakan kesalahan kolektif.
Sudah tentu, hubungan itu adalah dua hala. Minoriti mesti menghormati dan menerima karekter kemelayuan Perlembagaan Persekutuan.
Tetapi penyeru perpaduan Melayu harus menonjolkan kepemimpinan yang sejati dalam hal ini – mengartikulasikan dengan bernas dan pintar serta canggih nuansa dalam memahami identiti nasional kita.
Daripada menyatakan dalam istilah, logik dan sikap “orang gua”. Adakah ini tanda kompleks penghinaan diri?
Dan ini juga sejajar dengan peranan raja berperlembagaan kita - yang tidak semata-mata simbolik seperti yang diingatkan pakar undang-undang perlembagaan Profesor Dr Shamrahayu Ab Aziz.
Ironisnya atau secara paradoks, penyokong politik identiti “mengambil risiko” merendahkan peranan raja berperlembagaan sebagai penjelmaan perwatakan Melayu-Islam negara bangsa dan Perlembagaan Persekutuan.
“Konsosiasionalisme” seperti dilambangkan dalam gabungan Perikatan Lama dan kemudiannya Barisan Nasional tidak lagi relevan, terutama sekali pilihan raya umum pasca 2008 apabila pembangkang ketika itu mencapai kejayaan dan kemajuan besar dengan mengorbankan parti-parti yang mengaku mewakili kaum minoriti di Semenanjung.
Perpecahan dalam order lama menandakan perlunya mengorak langkah berdasarkan pemahaman baru politik identiti – terutama dari segi perpaduan Melayu.
Apa yang diperlukan untuk maju ke hadapan adalah pengaturan politik identiti di bawah ideologi nasional – secara ironis atau paradoksnya dipisahkan kerana kekeliruan antara keduanya.
Sebaliknya, politik identiti perlu dibezakan (walaupun tidak boleh dipisahkan) dari ideologi nasional. Pada masa yang sama, politik identiti mesti berteraskan dan mengalir “secara semula jadi” dari ideologi nasional. Tidak cukup bahawa politik identiti berada dalam kerangka ideologi nasional dan dengan itu merasakan bahawa ia berhak dan bebas untuk “bermaharajalela”.
Tetapi identiti politik harus memahami bahawa ianya ditakrifkan oleh dan tunduk kepada ideologi nasional.
Mengutamakan perpaduan nasional tidak akan melemahkan politik identiti. Sebaliknya, ia hanya akan memastikan kelangsungannya dalam konteks Malaysia dalam memperkukuhkan landasannya serta memperkuatkan keabsahannya.
Ini akan membolehkan dan mengupayakan pengamal politik identiti untuk mempengaruhi momentum bagi menggembleng dan menyemarakkan negara berdasarkan nilai bersama. Sekali lagi, ia harus ditekankan, berdasarkan landasan perwatakan kemelayuan dan Perlembagaan Persekutuan dan juga Rukunegara.
Politik identiti yang bertujuan menegakkan dan melindungi kesucian Islam baik sebagai agama rasmi Malaysia dan juga cara hidup syumul umat Islam boleh dapat “menyerap” dan bersatu dengan rakan senegara bukan Islam di sekitar nilai-nilai universal moral dan kesopanan umum.
Sebagai contoh, majoriti yang bukan Islam adalah sekutu dan teguh bersama dengan umat Islam dalam isu LGBT – dari segi pengiktirafan undang-undang. Tidak dapat dinafikan LGBT bertentangan dengan nilai dan norma masyarakat kita.
Sekularisme di Malaysia tidak boleh ditafsirkan dalam bentuk pemahaman liberal Barat. Kita mempunyai sekularisme (unik) yang tersendiri sebagaimana ditetapkan dalam konteks Islam sebagai agama negara dan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara.
Dalam analisis terakhir, patutnya politik identiti perlu ditafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan ideologi nasional dan bukan sebaliknya, iaitu berdasarkan hegemoni politik (yang bagaimanapun tidak wujud lagi).
Politik identiti perlu menghormati dan mematuhi batasan yang sedia ada dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan ideologi nasional.
Hanya dengan itu penyokong politik identiti dapat menuntut landasan moral yang tinggi dan memperolehi sokongan bagi konsensus nasional dalam memajukan negara tercinta kita.
*Jason Loh Seong Wei merupakan Ketua Bahagian Sosial, Perundangan dan Hak Asasi di EMIR
**Research** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Jason Loh Seong Wei
Tue Apr 13 2021
Kata penulis, sepatutnya politik identiti perlu ditafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan ideologi nasional dan bukan sebaliknya, iaitu berdasarkan hegemoni politik.- Gambar fail
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan, tidak perlu ditangguh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.
Pemilih Jepun keluar mengundi pada Ahad untuk pilihan raya awal
Terdapat lebih 45,000 pusat pengundian di seluruh negara untuk lebih 105 juta pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.
Formula perpaduan PH, BN perlu dipertahankan dalam PRU16 - Saifuddin
Formula perpaduan antara PH dengan BN pada PRK DUN Mahkota, Johor wajar dipertahankan dalam siri pilihan raya akan datang termasuk PRU16.
Presiden Sri Lanka bubar Parlimen, umum pilihan raya pada 14 Nov
Presiden Sri Lanka membubarkan Parlimen pada lewat Selasa dan mengumumkan pilihan raya umum bakal berlangsung pada 14 Nov.
Trump tolak cabaran Harris berdebat semula
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menegaskan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam debat televisyen kedua menjelang pilihan raya presiden November ini.
Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam
Keputusan pucuk pimpinan memilih Pahang adalah isyarat serius Pas mahu mengiringi pentadbiran Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Masih terlalu awal buat kesimpulan BN bergerak solo - Mohamad Hasan
Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan Barisan Nasional (BN) dan UMNO boleh bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRU akan datang lebih sukar buat UMNO - Mohamad
Katanya, kumpulan tersebut mampu menewaskan pelbagai dasar kerajaan dengan hanya serangan yang dipaparkan di skrin media sosial mereka.
PH Selangor sedia bincang cadangan UMNO diberi kerusi di Kota Raja
Pakatan Harapan (PH) Selangor sedia berbincang dan mempertimbangkan cadangan UMNO untuk diberikan sekurang-kurangnya satu kerusi di Bahagian Kota Raja pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.