awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politik Melaka: Enggan pulang aset, polis rampas kenderaan rasmi Norhizam

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
13/10/2021
05:10 MYT
Politik Melaka: Enggan pulang aset, polis rampas kenderaan rasmi Norhizam
Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, rampasan itu dibuat semalam di tempat letak kereta sebuah kondominium yang dipercayai disewa oleh Exco berkenaan sekitar pukul 11.20 pagi. - Gambar fail
AYER KEROH: Polis Melaka merampas kenderaan rasmi yang digunakan bekas Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee susulan keengganannya memulangkan aset kerajaan negeri berkenaan.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, rampasan itu dibuat semalam di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Tun Perak di sini, yang dipercayai disewa oleh Exco berkenaan sekitar pukul 11.20 pagi.
Kereta jenis Toyota Camry bewarna hitam itu dirampas selepas laporan polis dibuat oleh seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri sebelum pihak polis mendapatkan waran geledah oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
“Bertindak atas waran geledah yang dikeluarkan oleh mahkamah, sepasukan pegawai dan anggota polis telah merampas kereta bernombor pendaftaran MAL 3 di aras tiga sebuah kondominium berkenaan.
“Pihak polis turut merampas satu anak kunci kereta, kad touch and go dan kad minyak daripada seorang lelaki yang merupakan pemandu rasmi kepada beliau yang hadir menyaksikan rampasan dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, di sini pada Rabu.
BACA: Semua Exco perlu pulang aset - Norhizam
Sebelum ini, Norhizam yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu bertegas enggan memulangkan aset kerajaan negeri meskipun sudah melepaskan jawatan Exco pada hujung bulan lalu.
Tegas beliau, pemulangan aset-aset berkenaan hanya akan dibuat sekiranya semua Exco dan 28 ADUN negeri berkenaan melakukan perkara sama memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibubarkan.
[TERKINI] Polis rampas kenderaan rasmi bekas Exco
Mengulas lanjut ujar Abdul Majid, sehingga kini seramai lima saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
Pihaknya juga akan merakam keterangan Norhizam dalam masa terdekat sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pihak pendakwa raya.
“Kita minta Exco itu datang, namun hanya pemandunya yang menyerahkan kunci dan serahan itu dibuat secara harmoni.
“Setakat ini lima saksi telah dipanggil dan bekas ADUN ini akan kita rakam percakapannya dalam masa terdekat ini juga,” tambahnya.
Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#exco Melaka
#polis rampas kenderaan rasmi
#Norhizam Hassan Baktee
#politik melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan