awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politik Perak: UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam esok

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2020
15:23 MYT
Politik Perak: UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam esok
UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar pada malam esok, dipercayai bagi membincangkan mengenai kemelut politik di Perak. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar pada malam esok, dipercayai bagi membincangkan mengenai kemelut politik di Perak.
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik sumber dalam UMNO, mesyuarat Biro Politik itu juga difahamkan akan membincangkan mengenai isu berkaitan dengan kedudukan kerajaan Persekutuan secara keseluruhannya.
Ia akan diadakan di Menara Dato Onn, Dagangan Dunia Putra (WTC), di ibu negara pada jam 8.30 malam Isnin.
Terdahulu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran baharu di Perak seiring krisis politik yang melanda negeri itu.
BACA: LAPOR LANGSUNG: UMNO, BN tidak tolak kemungkinan penjajaran baharu politik
Bagaimanapun, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berharap kerajaan yang ada di bawah kepimpinan Menteri Besar yang lalu dapat dikekalkan.
Ahmad Zahid berkata, UMNO dan BN akan melihat segala kemungkinan yang ada, termasuk bekerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH).
Kemelut politik negeri ini bermula selepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ADUN dalam usul keyakinan terhadap menteri besar yang dikemukakan pada sidang DUN, Jumaat lepas.
Dalam undian sulit yang dijalankan, Ahmad Faizal yang juga yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan ADUN Chenderiang, hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.
DUN Perak merangkumi 25 ADUN BN yang kesemuanya daripada UMNO, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan Pas (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Mesyuarat tergempar
#Biro Politik
#Barisan Nasional
#BN
#Perak
#politik perak
#Zahid Hamidi
#Menteri Besar Perak
#Faizal Azumu
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan