KETIKA ralit meluangkan masa menanam resolusi Tahun Baharu 2024 sambil melayani media sosial berjam lamanya, ada sesuatu yang menangkap pendengaran dan pola mata tatkala menatap skrin komputer riba.
Paparan skrin menunjukkan ada rilisan lagu baharu dari entah siapa penyanyinya.
Demi mengelak bosan, saya terpanggil untuk mendengar lagu berkenaan dan tidak menyangka, jiwa saya seperti ditampar untuk tiga minit ke depannya.
Sewaktu kali pertama mendengar lagu yang berjudul 'Nukilanmu' ini, tiga tanda tanya terlintas dalam fikiran saya; pertama, adakah ini lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang dirakam semula menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI)?
Kedua, sekilas dengar melodinya mengingatkan saya kepada lagu-lagu kumpulan rock legenda The Beatles atau sedikit identiti muzik Bob Dylan, John Lennon dan M. Nasir.
Ketiga, bagaimana lagu Folk-pop sebegini muncul dalam tengah-tengah 'kepanasan' Pop komersial seperti pop bilik tidur, HipHop aliran Trap dan R&B?
Ketika mendengar, saya merasakan penyanyi ini membawa identiti pejuang seni jalanan yang filosofi muziknya sarat dengan nilai puitis dan estetika canggung yang sudah sekian lama tidak didengari.
Nah, ini bukan lagu Sudirman. Macam dia, tapi bukan. Rupanya penyanyi baharu sedang meningkat naik bernama Arish Mikael berasal dari Muar, Johor.
Ironinya, dalam waktu generasi hari ini lebih memilih genre yang lebih terkini, Arish Mikael memilih haluan lain dalam memaknai makna Pop Nostalgia dalam konteks muzik moden.
Lagu ini menceritakan kisah erti kerinduan terhadap seseorang insan dalam makna yang paling berpuisi. Lantas membangkit rencam sebuah perasaan dan selaksa peristiwa.
Penceritaannya juga cukup sarwajagat atau universal. Selagi mana bernama manusia pasti tidak akan terlepas merasai erti kehilangan dalam kerinduan.
Malah ia bukan sebuah lagu yang sukar difahami tetapi mudah 'menerkam' jiwa pendengar.
Sambil mendengar, saya sehingga berimaginasi wajah sedang ditiup angin bayu di tepi tingkap di dalam bas bersama rakan-rakan menuju ke pekan! Betapa kuatnya penangan!
Aku Rindu Kan Sejuta Puisi,
Nurbisa Jiwa Nurbisa Lara,
Sentuhan Darimu,
Betapa Sepi di Ruangan Ini,
Setelah Hilang Sebuah Nama,
Yang Masih aku Simpan...
Nostalgia! Cukup nostalgia...
Setelah membuat beberapa kajian untuk mengenali sosok bernama Arish Mikael, benar tekaan saya, beliau merupakan penyanyi jalanan terlebih dahulu sebelum dilamar oleh syarikat muzik Luncai Emas kelolaan seniman M. Nasir.
Maka tidak hairanlah jika karyanya begitu berkualiti tatkala saya melihat nama Luncai Emas sebagai penerbit, kerana sejujurnya syarikat itu umpama 'head hunter' yang sentiasa membekalkan pemuzik-pemuzik berkualiti dan beridentiti sendiri.
Namun, perasaan ingin tahu yang bergejolak membawa saya untuk membedah lirik lagu ini.
Saya terlihat perkataan 'Nurbisa' yang digunakan dalam korus lagu, lalu membangkit persoalan dan konspirasi berkenaan maknanya dan kaitannya dengan lagu itu.
Menurut kefahaman saya, Nurbisa itu sinonim sebagai nama pena untuk penulis lirik terunggul sepanjang zaman, Allahyarham Loloq yang juga pernah menjadi penulis lirik eksklusif Luncai Emas.
Beliau juga sering bergandingan bersama M. Nasir dan merupakan penulis lirik lagu Ghazal Untuk Rabiah dendangan Jamal Abdillah dan M. Nasir, Mentera Semerah Padi dan Andalusia nyanyian M. Nasir.
Persoalan yang timbul di benak fikiran saya, adakah penceritaan lagu ini bersandarkan kepada penghargaan kenangan M. Nasir kepada sahabatnya Loloq? Kerana kata-kata patah lirik itu umpamanya merujuk kepada hubungan persahabatan mereka.
Aku Rindu Kan Sejuta Puisi,
Nurbisa Jiwa Nurbisa Lara,
Bagaimanapun, saya difahamkan lagu ini ditulis dan digubah sendiri oleh Arish Mikael dan rakannya Radzlan dan tidak merujuk kepada hubungan persahabatan kedua tokoh berkenaan.
Maka, saya menganggap konspirasi kecil saya itu hanyalah andaian peribadi semata-mata.
Akan tetapi jika benar, ia memberi sebuah nilai sentimental dan erti penghormatan baharu yang dinikmati oleh peminat seni tanah air dalam mengenang Loloq sebagai bintang seni yang tiada galang ganti.
Namun, meskipun tidak merujuk kepada mana-mana perhubungan insan, ia bukanlah alasan bagi pendengar untuk tidak menjadikan karya ini sebagai satu bentuk perayaan emosi.
Dalam kanta yang lebih luas, saya berpendapat Arish Mikael telah memberikan justifikasi bahawa beliau berkebolehan dalam menghasilkan karya 'malar segar' atau kalis masa depan.
Kehadiran 'Nukilanmu' juga ibarat memberi nafas baharu dalam aliran pop semasa tanah air dan mengingatkan kita bahawa industri muzik tanah air akan baik-baik sahaja meski diganggu-gugat oleh pengaruh muzik luar.
Dalam lapis identiti sebagai penyanyi pula, saya berharap Arish Mikael untuk terus menoktahkan identiti sedia ada, kerana barangkali sukar baginya untuk menempa nama jika sering dibandingkan dengan Allahyarham Sudirman.
Pada hemat saya, walau ada sudut positifnya untuk diiktiraf sebagai suara yang seakan sama dengan bekas penyanyi nombor satu Asia itu, saya merasakan untuk menjadi pejuang seni yang diingati adalah bermakna untuk terus menjadi diri sendiri.
Peminat seni muzik juga ada peranannya untuk tidak menenggelamkan identiti Arish Mikael sebagai Arish Mikael dan bukannya Sudirman.
Saya turut teruja untuk mendegar rilisan baharu beliau pada masa akan datang, jika boleh, hasilkan album.
Kerana saya yakin bakat umpamanya bukan kategori one-hit wonder atau industry plant. Ia ditakdir untuk bertahan lama, jika terus dihargai.
Harapan ke depannya, semoga karya sebegini akan terus diraikan dan bakat seperti Arish Mikael tidak lagi disia-siakan.
Anda boleh mendegar 'Nukilanmu' nyanyian Arish Mikael di seluruh platform muzik digital.
* Fahmi Izuddin merupakan wartawan Astro AWANI.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Fahmi Izuddin
Fri Jan 12 2024
Ironinya, dalam waktu generasi hari ini lebih memilih genre yang lebih terkini, Arish Mikael memilih haluan lain dalam memaknai makna Pop Nostalgia dalam konteks muzik moden.
Cukai jalan kenderaan EV 85 peratus lebih murah - Anthony Loke
Kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) atau kenderaan elektrik ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik, berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Kerani, kontraktor didakwa tipu jual gelaran Datuk
Seorang kerani dan kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menerima rasuah untuk mendapatkan pengurniaan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk tujuh tahun lalu.
ASG 2024: Fadhlina ucap selamat maju jaya kepada kontinjen Malaysia
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen Malaysia di Kejohanan Sukan-Sukan Sekolah ASEAN (ASG) 2024 yang sedang berlangsung hingga 9 Jun ini di Da Nang City.
AWANI Ringkas: Peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belasungkawa: Azimuddin Syakir kehilangan bapa sewaktu berjuang untuk negara
Pemain hoki negara, Azimuddin Syakir Kamaruddin, kehilangan bapanya, yang selama ini merupakan pendorong utamanya dalam sukan berkenaan.
Pendakwaan kes jenayah melibatkan anak Biden bermula hari ini
Hari ini bermula pendakwaan kes jenayah yang melibatkan anak kepada presiden Amerika syarikat Joe biden yang mungkin bakal mempengaruhi pilihan raya presiden 2024.
Israel sahkan empat tebusan Hamas terbunuh
Tentera Israel mengesahkan kematian empat lagi individu yang menjadi tebusan Hamas sejak 7 Oktober tahun lalu.
Menurut tentera rejim, kesemua mereka terkorban ketika operasi kententeraan Israel di Khan Younis di selatan Gaza dan mayat mereka masih ditahan Hamas.
Menurut tentera rejim, kesemua mereka terkorban ketika operasi kententeraan Israel di Khan Younis di selatan Gaza dan mayat mereka masih ditahan Hamas.
Kekejaman zionis: AS gesa UNSC terima resolusi tamatkan perang
Amerika Syarikat menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menerima pakai resolusi menyokong cadangan yang digariskan oleh Presiden Joe Biden untuk menamatkan pertempuran antara Israel dan militan Palestin Hamas di Semenanjung Gaza.
Bayi cedera di muka disyaki didera pengasuh
Seorang bayi perempuan berusia 17 bulan cedera di bahagian muka dipercayai akibat didera pengasuh di sebuah pusat asuhan di Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada Sabtu lepas.
Peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri
Peguam yang mewakili ibu bapa kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 tahun, mengesahkan beliau tidak lagi mewakili pasangan itu bermula Selasa.
Pop Nostalgia 'Nukilanmu', sebuah penghargaan kenangan dan adiwarna seni Arish Mikael
Kehadiran 'Nukilanmu' ibarat memberi nafas baharu dalam aliran pop semasa tanah air.