KUCHING: Populasi buaya di Sarawak kini meningkat berbanding sembilan tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.
Beliau berkata berdasarkan bancian pemantauan, Sarawak kini mempunyai kira-kira 25,000 ekor buaya berbanding 13,500 ekor pada 2014.
"Antara kawasan tumpuan bagi buaya ini adalah di Sungai Bako, Batang Lupar, Batang Sadong juga di Sibuti," katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.
Len Talif berkata kementeriannya juga bercadang untuk mengadakan lawatan ke Afrika Selatan serta Australia bagi mempelajari cara menangani masalah populasi buaya yang tinggi.
"Sebagai contoh, kita mahu belajar dari Kruger National Park di Afrika Selatan dalam menangani buaya manakala di Australia mereka telah mengeluarkan produk-produk berasaskan kulit buaya seperti tali pinggang, kasut dan beg," katanya.
Sementara itu, Len Talif berkata aplikasi pemantauan kehadiran buaya secara 'real time' atau data masa nyata yang dibangunkan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan kerjasama Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) dijangka dilancarkan tahun depan.
Menerusi aplikasi itu, populasi buaya dapat dipantau secara berterusan dan kawasan panas konflik manusia dan buaya dapat dikenal pasti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023

Sarawak kini mempunyai kira-kira 25,000 ekor buaya berbanding 13,500 ekor pada 2014. - Gambar hiasan

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Filipina dan China berbalah isu pertembungan kapal
Filipina dan China saling menuduh berhubung perlanggaran kapal mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan mengenai tuntutan di laluan air penting itu memuncak.
12 minggu bersaing, juara milik siapa?
Malam penentu, siapakah bakal muncul juara All Stars Gegar Vaganza. Asyraf Roslan berikan analisis awal mengenai peluang setiap finalis.

Kerajaan terus komited bangunkan belia - TPM
Kerajaan Perpaduan terus komited memberi tumpuan khusus kepada golongan belia bukan sahaja di bandar tetapi menjangkau ke kawasan desa dan pendalaman di seluruh negara.
Laporan Khas: Penduduk bimbang keselamatan keluarga
Apartment Idaman, Damansara Damai menjadi tumpuan pihak polis dan media sejak penemuan mayat kanak-kanak Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang disahkan meninggal akibat dibunuh.
Forensik masuk kediaman mangsa, kumpul sampel DNA
Polis meneruskan usaha mengesan petunjuk baharu dengan mengambil bukti dan sampel DNA dari rumah mangsa Zayn Rayyan yang mati dibunuh.

Populasi meningkat, Sarawak pertimbang hasilkan produk kulit buaya
Populasi buaya di Sarawak kini meningkat berbanding sembilan tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.