TINDAKAN ini mungkin bermula dengan niat membalas dendam selepas putus cinta atau muslihat penggodam yang cuba untuk mendedahkan gambar-gambar intim selebriti.
'Pornografi dendam' adalah tindakan memuat naik gambar lucah atau gambar dengan aksi keterlaluan tanpa kebenaran orang di dalam gambar tersebut, dan ia telah menjejaskan seorang daripada 25 orang di Amerika Syarikat (AS), menurut sebuah kajian, lapor AFP.
Isu ini telah mendapat perhatian umum pada 2014 apabila gambar bogel selebriti termasuk Jennifer Lawrence dan model Kate Upton telah disebarkan di atas talian oleh penggodam dalam skandal yang dinamakan sebagai 'Celebgate'.
Amanda Lenhart, yang menjalankan kajian di Institusi Kajian Maklumat dan Masyarakat berkata bahawa ini merupakan kaji selidik kebangsaan pertama mengenai balas dendam dan pornografi tanpa izin.
Dalam kajiannya, 2 peratus telah mengalami situasi gambar dan video intim mereka didedahkan atas talian tanpa izin dan sebahagian lagi berhadapan dengan ugutan seumpamanya.
Sebanyak 4 peratus telah menjadi mangsa dan itu sahaja membentuk 10.4 juta rakyat AS, menurut kajian tersebut.
“Pornografi tanpa izin membawa kemusnahan dan kesan yang lama kepada mangsa, oleh itu, sangat penting untuk kita fahami betapa sering kes ini terjadi dan siapa yang terkesan.
“Walaupun gambar-gambar tersebut tidak didedah kepada umum, pelaku mungkin menggunakan gambar tersebut untuk mengugut dan mengawal mangsa,” jelas Lenhart.
Dalam sesetengah kes pornografi dendam, gambar-gambar intim dicuri dari atas talian dan sistem pelayan awan (cloud server), manakala kes lain adalah secara paksa atau dirakam secara senyap.
Perhatian umum terhadap ‘pornografi dendam’ meningkat selepas mangsa-mangsa 'Celebgate' yang terdiri daripada selebriti meluahkan tekanan emosi yang dialami mereka.
“Hanya kerana saya adalah figura umum, hanya kerana saya seorang pelakon, tidak bermakna saya meminta semua ini untuk terjadi. Ini bukan skandal, ini adalah jenayah seks. Ini adalah pencabulan seksual,” kata Lawrence dalam sebuah temu bual selepas insiden tersebut.
Kaji selidik itu mendapati sebanyak 3 peratus rakyat AS pernah diugut untuk disebarkan gambar bogel dan separuh bogel dan video mereka di atas talian untuk memalukan mereka.
Mereka yang berumur dalam lingkungan 15-29 tahun adalah yang cenderung untuk melaporkan ugutan atau gangguan.
Lelaki juga adalah mangsa
“Sangat penting untuk kita menyedari hakikat bahawa lelaki juga boleh menjadi mangsa pornografi tanpa izin.
“Mangsa lelaki kebiasaannya tidak diambil kira – diharapkan laporan ini akan mencabar kita untuk berfikir dari sudut baharu,” jelas Lenhart.
Menurut kajian ini, 30 negeri telah meluluskan penggubalan undang-undang dalam masa tiga tahun kebelakangan untuk mencapai matlamat dalam mendefinisikan dan melabel 'pornografi dendam' sebagai jenayah.
Margin ralat dianggarkan pada 2 peratus.
Laporan adalah berdasarkan kaji selidik terhadap 3,002 pengguna internet di AS yang berusia 15 dan ke atas, dai 17 Mei sehingga 31 Julai 2016.
Lenhart berkata, tiada kajian terdahulu yang dapat digunakan untuk membuat perbandingan dan menunjukkan trend namun 'pornografi dendam' terjadi dengan kemajuan dan perkembangan kamera digital, telefon pintar dan media sosial.
KES SEUMPAMANYA DI MALAYSIA:
Januari 2014, Ayer Keroh: Padah memiliki gambar lucah dan mengugut menyebar gambar bogel seorang wanita, seorang bekas pelajar universiti swasta dijatuhi hukuman denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret. Hukuman diputuskan selepas tertuduh, Mohd Hidayat Abd Ghani @ Mokhtar dari Batu Buruk, Terengganu menukar pengakuan kepada bersalah ke atas tiga pertuduhan pada hari sebutan semula kes. Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didapati sengaja mendatangkan ketakutan terhadap seorang wanita berusia 23 tahun dengan ingin menyebarkan gambar bogel mangsa supaya menyerahkan seutas gelang tangan dan rantai leher emas di sebuah pangsapuri di Bukit Beruang dalam kejadian kira-kira 2.27 pagi, antara Ogos hingga 2 September lalu.
Februari 2016, Kuala Lumpur: Seorang penganggur yang memeras ugut untuk menyebarkan gambar bogel bekas teman wanitanya didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini. Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Shazarul Ikhmal Rospisham, 20, selepas dia mengaku bersalah terhadap dakwaan memeras ugut mangsa berusia 19 tahun yang bekerja sebagai pelayan restoran dengan menghantar gambar bogel gadis itu bagi mendapatkan wang.
Mac 2016, Sibu: Gambar bogel seorang wanita telah disebarkan di laman sosial Facebook selepas hasrat untuk diterima kembali ke pangkuan teman sejenis ditolak. Insiden itu disedari oleh mangsa apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) bergambar daripada rakan-rakan. Menurut mangsa, gambar bogel tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook yang memperkenal dirinya sebagai Mamat T*** yang turut memuat naik beberapa keping gambar bogelnya.
Ogos 2016, Petaling Jaya: Seorang lelaki yang terpedaya dengan seorang kenalan wanita melalui ruang maya telah melakukan kesilapan dengan berbogel di hadapan kamera komputernya melalui aplikasi Skype. Seketika kemudian, dia diugut pula oleh kenalan itu dengan mengatakan video bogelnya sudah dirakamkan. Mangsa telah membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong.
September 2016, Kuala Lumpur: Seorang wanita diugut agar membayar RM60,000 jika tidak mahu gambar bogelnya didedahkan oleh teman lelakinya selepas hubungan mereka putus. Ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Chow, 29, menerima ugutan berkenaan menerusi kiriman mesej di laman Facebook miliknya daripada seorang lelaki berserta gambar bogel yang dirakam secara curi ketika dia keluar dari bilik air di rumahnya di Sentul.
Agensi
Fri Dec 16 2016
Amanda Lenhart, yang menjalankan kajian di Institusi Kajian Maklumat dan Masyarakat berkata bahawa ini merupakan kaji selidik kebangsaan pertama mengenai balas dendam dan pornografi tanpa izin.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
'Pornografi dendam' boleh jejaskan berjuta-juta orang - Kajian
'Pornografi dendam' adalah tindakan memuat naik gambar lucah atau gambar dengan aksi keterlaluan seseorang ke ruang maya tanpa kebenaran orang di dalam gambar tersebut.