KLANG: Aksi penunggang motosikal dipercayai berlumba selain melakukan pelbagai aksi berbahaya mengundang padah apabila ditahan dalam serbuan dekat Persiaran Raja Muda Musa di sini pada Ahad.
Sinar Harian yang mengikuti operasi bermula kira-kira jam 3 pagi mendapati lokasi berkenaan menjadi tumpuan individu mempamerkan aksi tunggangan berbahaya sekitar jam 12 tengah malam.
Lokasi meliputi jarak kira-kira tiga kilometer itu turut dipenuhi beberapa individu yang berada di bahu jalan untuk menyaksikan aksi berbahaya dipamerkan.
Difahamkan, lokasi terbabit bukan sahaja menjadi tumpuan anak tempatan di sekitar malah turut didatangi individu dari luar daerah Klang.
Operasi bersepadu samseng jalanan melibatkan seramai 69 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bermula apabila dua persimpangan dan beberapa lokasi termasuk 16 lorong tikus di sekitar lokasi mula ditutup pihak berkuasa itu.
Tinjauan mendapati beberapa penunggang motosikal cuba melarikan diri termasuk ada yang sanggup membahayakan nyawa dengan melawan arus bagi mengelakkan ditangkap.
Bagaimanapun, tindakan itu sia-sia apabila keseluruhan jalan telah dikepung dan percubaan itu berjaya digagalkan pihak polis.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, operasi dijalankan susulan maklumat yang diterima berkaitan kegiatan lumba haram di lokasi terbabit.
Beliau berkata, risikan dijalankan pihaknya menerusi Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Klang Selatan sejak tiga minggu lalu.
"Operasi melibatkan pemeriksaan sebanyak 125 motosikal pelbagai jenis dan seramai 150 individu berumur lingkungan 15 hingga 30 tahun diperiksa.
"Seramai enam individu terdiri daripada lelaki warga tempatan berumur sekitar awal 20-an dipercayai berlumba selain tiga lagi individu lingkungan umur sama ditahan dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol," katanya pada Ahad.
Katanya, lebih 200 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Antara kesalahan dikesan menerusi operasi ini adalah tidak memiliki lesen memandu selain cukai jalan dan lesen memandu tamat tempoh.
"Kesalahan lain turut dikesan melibatkan modifikasi motosikal antaranya ubah suai nombor pendaftaran dan struktur motosikal serta pelbagai kesalahan lain," katanya.
Menurutnya, kesemua individu serta motosikal yang ditahan dibawa ke Balai Trafik IPD Klang Selatan untuk pemeriksaan lanjut.
"Siasatan berkaitan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) dan Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Selain itu, pemeriksaan secara lanjut turut dijalankan melibatkan kesemua individu yang ditahan ketika operasi berkenaan," katanya.
Hoong Fong menegaskan ibu bapa perlu memainkan peranan penting mengawal anak mereka agar tidak terjebak dalam melakukan kegiatan menyalahi undang-undang.
"Ibu bapa harus melakukan pemantauan sekiranya melihat anak mereka aktif sekitar lewat malam sehingga awal pagi.
"Mereka juga perlu tahu dengan siapa anak mereka berkawan selain pastikan mereka berada di rumah terutamanya pada waktu malam," katanya.
Beliau turut mengingatkan sikap segelintir orang ramai menjadi penonton kepada lumba haram antara 'pendorong semangat' kepada samseng jalanan untuk mempamerkan pelbagai aksi berbahaya.
"Menyaksikan lumba haram ini melibatkan pelbagai risiko terhadap keselamatan kepada mereka yang terlibat.
"Bayangkan sekiranya berlakunya kemalangan, ia akan melibatkan keselamatan orang ramai itu sendiri, jadi kita tegaskan, jangan terlibat dalam kegiatan yang membahayakan nyawa ini," katanya.
Katanya, tindakan operasi serta penguatkuasaan sentiasa dipertingkatkan bagi membendung aktiviti lumba haram dan pelanggaran peraturan jalan raya.
"Pelaksanaan operasi dijalankan dengan kerap selain sekatan jalan raya di lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan kegiatan lumba haram.
"Orang ramai turut dialukan memberikan sebarang info dan maklumat kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya diambil," katanya. - SInar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 07 2024
Beberapa individu dipercayai berlumba dekat Persiaran Raja Muda Musa di sini pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
Empat ditahan rogol bergilir pelajar sekolah
Polis menahan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir remaja perempuan berusia 14 tahun di Sungai Ara, Bayan Lepas, Ahad lepas.
Ambil gambar kenderaan diubah suai dan tularkan - Ketua Polis Kedah
Polis meminta masyarakat di Kedah mengambil gambar dan menularkan di media sosial kenderaan yang diubah suai, sebagai usaha mengekang kes lumba haram dan aktiviti samseng jalanan atau 'mat rempit'.
Lumba haram: Polis minta orang ramai tularkan kereta, motosikal diubah suai
Polis Kedah meminta bantuan orang awam mengambil gambar kenderaan yang diubah suai dan menularkannya di media sosial sebagai salah satu usaha mengekang kes lumba haram dan 'mat rempit'.
69 pelajar ditahan merempit
Operasi bersepadu PDRM Kontinjen Perak bersama beberapa agensi seperti JAS dan AADK, bermula 6.30 petang semalam sehingga awal pagi ini.
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
Video tular: Dua maut akibat 'rempit' di Klang
Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, dekat sini, 4.30 pagi semalam.
Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur
Lokasi terbabit bukan sahaja menjadi tumpuan anak tempatan di sekitar malah turut didatangi individu dari luar daerah Klang.
'Mat rempit' beri alasan 'cuma suka-suka' lumba, buat aksi bahaya
Cuma sekadar suka-suka. Itu alasan diberi dua penunggang motosikal selepas ditahan pada Sabtu kerana melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.
113 motosikal disita dalam Ops Khas Samseng Jalanan
Sebanyak 113 motosikal disita dan 334 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.
Polis sita 16 motosikal, keluar 74 saman dalam Op Samseng Jalanan
Polis menyita sebanyak 16 buah motosikal dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) dan Seberang Jaya.