KUALA TERENGGANU: Portfolio 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu akan diumumkan pada Rabu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata senarai berkenaan dipersembahkan terlebih dahulu kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum diumumkan pada Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri.
Ahmad Samsuri berkata, beberapa perubahan bakal dilakukan dalam portfolio berkenaan berbanding penggal lalu.
“Saya sedang meneliti portfolio-portfolio yang ada sebelum ini dan dalam tempoh hari ini insyaAllah saya akan menyelesaikan beberapa perubahan nama-nama portfolio dengan mengambil kira kewajarannya.
“Termasuklah supaya ada synchronize kedudukan atau agensi-agensi di peringkat kementerian dan untuk memudahkan pelaksanaan sebarang program-program kerajaan supaya tidak redundant di antara Ahli Majlis Kerajaan Negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Istiadat Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar dan Melafaz Sumpah Jawatan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Syarqiyyah pada Selasa.
Terdahulu Ahmad Samsuri mengangkat sumpah pelantikan sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Turut melafaz sumpah jawatan, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk empat muka baharu yang dilantik Exco Kerajaan Negeri Terengganu.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Razali Idris menjadi calon tunggal parti berkenaan yang membarisi Exco Kerajaan Negeri Terengganu selepas memenangi DUN Kijal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.
Sementara itu Ahmad Samsuri juga turut menyarankan barisan exco dan ADUN supaya bersikap terbuka untuk mengkritik kerajaan berikutan tiada pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu kali ini.
Berikut senarai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melafaz sumpah jawatan hari ini:
1. Datuk Satiful Bahari Mamat - ADUN Paka
2. Datuk Razali Idris - ADUN Kijal
3. Dr Azman Ibrahim - ADUN Jabi
4. Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi -ADUN Batu Buruk
5. Wan Sukairi Wan Abdullah - ADUN Wakaf Mempelam
6. Hishamuddin Abdul Karim - ADUN Tepoh
7. Ariffin Deraman - ADUN Alor Limbat
8. Maliaman Kassim - ADUN Ajil
9. Hanafiah Mat - ADUN Chukai
10. Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman - ADUN Kota Putera
Nur Fazlizai Ali
Tue Aug 15 2023
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering hari ini. - Foto BERNAMA
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuala Terengganu pagi ini bagi meninjau sendiri situasi bencana banjir di negeri itu yang semakin buruk selain meyantuni mangsa.
PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir
Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen.
DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Terengganu salur RM4.2 juta baik pulih rumah rosak akibat ribut
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata 75 peratus rumah yang kebanyakannya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan atap, telah dibaiki.
Pembinaan ECRL Terengganu capai 86 peratus - Ahmad Samsuri
Tahap kemajuan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu mencapai 86 peratus setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
MB Terengganu kini bergelar jurutera profesional
Impian yang pernah disimpan Ir Ahmad Samsuri sejak darjah satu kini menjadi kenyataan.
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.