ROM: Usaha memulihara warisan seni bina di utara Itali membuahkan hasil apabila ia diiktiraf pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Terbaru, binaan portico atau bumbung yang disokong deretan tiang, yang lazimnya menjadi sebahagian daripada struktur anjung di Bologna, memasuki senarai Warisan Dunia UNESCO, lapor agensi berita AP.
Portico seumpamanya banyak ditemui di bangunan-bangunan bersejarah di sekitar kota itu, kebanyakannya wujud sejak kurun ke-13.
Dalam sebuah mesyuarat di China pada Rabu, Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO, bersetuju memasukkan portico dalam senarai berprestij itu.
Penambahan itu menyaksikan Itali memiliki 58 tapak warisan yang diiktiraf. Awal bulan ini, bandar di sebelah timur laut negara itu, padua, turut tersenarai menerusi fresco (lukisan mural) Giotto di Scrovegni Chapel yang wujud sejak awal kurun ke-14, selain Montecatini Terme, iaitu sebuah pekan spa termal di Tuscany.
Portico di Bologna yang mengimbas sejarah Zaman Pertengahan kini menjadi tempat pertemuan popular dalam klangan penduduk bandar itu. Ia memberikan kesan redup dari pancaran matahari dan juga perlindungan ketika hari hujan, selain berfungsi sebagai laluan selamat untuk pejalan kaki.
Di seluruh bandar, portico bersejarah itu merentangi jarak sejauh 62 kilometer. Ada sesetengahnya yang dibina menggunakan kayu, manakala yang lain dibina menggunakan batu.
UNESCO berkata, sepanjang peredaran zaman, portico itu sudah menjadi suatu ekspresi dan elemen penting dalam identiti urban Bologna.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sat Jul 31 2021
Portico di Bologna memiliki nilai sejarah seni bina dan fungsi yang relevan bagi penduduk tempatan. - Foto: AP
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Usaha mengiktiraf boria sebagai warisan dunia UNESCO
Akademi Boria sedang berusaha memperjuangkan supaya boria disenaraikan sebagai Warisan Dunia UNESCO agar ia dapat dipertahankan seterusnya menjadi satu warisan yang tidak hilang ditelan zaman.
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.
Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.
Kampung Baru Cina: Kor Ming ajak UMNO bincang
Menurut beliau, pertemuan itu bagi menjelaskan fakta sebenar berhubung cadangannya itu.
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
Kemboja: Tambak di bahagian barat Angkor Wat dilancar
Pemuliharaan dan pengukuhan tambak dengan mengekalkan bentuk asalnya telah meningkatkan nilai kuil Angkor Wat.
Venice tidak disenarai sebagai tapak warisan terancam - UNESCO
Keputusan itu dibuat oleh sebuah jawatankuasa UNESCO yang sedang bermesyuarat di Riyadh, Arab Saudi.
Pulau Pinang kekal komited pelihara tapak warisan - KM
Kerajaan Pulau Pinang kekal komited memelihara tapak warisan dalam negeri kerana ia amat penting bagi generasi akan datang.
PBB bincang isu sisa buangan plastik di Persidangan Paris
Sesi rundingan selama lima hari akan berlangsung di ibu pejabat UNESCO di Paris bermula Isnin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.