awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Portugal negara terpantas menua di EU: Kajian

Bernama
Bernama
22/08/2022
04:06 MYT
Portugal negara terpantas menua di EU: Kajian
Portugal kini merekodkan 182 warga emas (berumur 65 tahun ke atas) bagi setiap 100 orang muda (berumur sehingga 14 tahun), sekali gus menjadi negara paling cepat menua dalam kalangan anggota Kesatuan Eropah (EU).
LISBON: Portugal kini merekodkan 182 warga emas (berumur 65 tahun ke atas) bagi setiap 100 orang muda (berumur sehingga 14 tahun), sekali gus menjadi negara paling cepat menua dalam kalangan anggota Kesatuan Eropah (EU), menurut kajian yang diterbitkan Pangkalan Data Portugal Kontemporari Portdata pada Ahad.
Dalam tempoh tiga dekad lalu, populasi warga emas meningkat tiga kali ganda di negara itu, menurut data Institut Statistik Kebangsaan Portugis (INE) dan diterbitkan oleh akhbar Publico.
Pada 1990, nisbah bagi setiap 66 warga emas adalah 100 orang muda, lapor Xinhua.
Portugal mencatatkan kadar penuaan tahunan sebanyak 3.6 peratus, lebih tinggi berbanding semua negara EU, menurut kajian itu.
Menurut Jorge Malheiros, penyelidik di Pusat Kajian Geografi Institut Geografi dan Perancangan Spatial di Universiti Lisbon, pertumbuhan pesat kadar penuaan di Portugal adalah hasil daripada penghijrahan golongan muda dari negara itu dan kemasukan warga asing yang sudah bersara.
"Ini tidak sepatutnya dilihat sebagai sesuatu yang dramatik," kata pakar migrasi dan demografi itu.
Tetapi beliau juga memberi amaran bahawa "masyarakat memerlukan tenaga orang muda."
"Kita perlu belajar untuk hidup dengan masyarakat yang lebih tua," kata Malheiros. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Portugal
#negara menua
#Kesatuan Eropah
#Institut Statistik Kebangsaan Portugis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan