awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pos Malaysia gantung perkhidmatan pos antarabangsa ke Amerika Syarikat

Amanz
Amanz
30/08/2025
02:00 MYT
Pos Malaysia gantung perkhidmatan pos antarabangsa ke Amerika Syarikat
Sejak 25 Ogos lalu, Pos Malaysia menggantung sementara semua perkhidmatan pos antarabangsa ke AS sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. - Gambar hiasan
SEJAK 25 Ogos 2025, Pos Malaysia menggantung sementara semua perkhidmatan pos antarabangsa ke Amerika Syarikat sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Perkhidmatan yang terjejas termasuk: - Express Mail Service (EMS) - Parcel Udara & Permukaan Antarabangsa - Small Packet Antarabangsa
- Flexipack Antarabangsa - Tracked Packet Antarabangsa - Mel Antarabangsa
Penggantungan ini berpunca daripada arahan eksekutif kerajaan Amerika Syarikat yang membatalkan pengecualian “de minimis” untuk penghantaran bernilai rendah bawah $800 (~RM 3380).
Ini menyebabkan keperluan kastam menjadi lebih rumit dan syarikat penerbangan tidak bersedia menerima kiriman pos di bawah peraturan baharu ini.
Pelanggan yang masih ingin menghantar mel ke Amerika Syarikat boleh menggunakan perkhidmatan komersial Redly Express.
Malaysia bukan negara tunggal mula menggantung penghantaran pos ke Amerika Syarikat.
Negara lain yang melakukan pengumuman sama minggu ini ialah India, Singapura, Perancis, Itali, UK, Australia, Thailand, China dan Kanada.
Topic Berkaitan
#pos malaysia
#pos antarabangsa
#Amerika Syarikat
#gantung penghantaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan