awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pos Malaysia tawar caj pos kad ucapan pada kadar 50 sen

Bernama
Bernama
07/07/2014
10:40 MYT
Pos Malaysia tawar caj pos kad ucapan pada kadar 50 sen
POS MALAYSIA: Tawaran kadar caj pengeposan istimewa ini adalah untuk tahun kesembilan. - Gambar fail
Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menawarkan kadar caj pengeposan istimewa kad ucapan pada kadar RM0.50 sen bersempena menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.
Menurut kenyataan Pos Malaysia hari ini, tawaran kadar caj untuk semua saiz kad, bentuk dan warna yang boleh diposkan ke mana-mana destinasi seluruh negara (untuk berat sehingga 50 gram) sah sehingga 31 Julai ini.
"Pos Malaysia menasihatkan para pelanggan agar membuat pengeposan kad ucapan Hari Raya awal dan sebelum 22 Julai agar kad ucapan mereka sampai kepada penerima sebelum Hari Raya Aidilfitri.
"Kami juga mengingatkan para pelanggan untuk menulis alamat lengkap dengan jelas pada sampul surat seperti nama penuh penerima, nombor rumah, jalan, poskod dan seumpamanya kerana ini akan membantu proses serahan dilakukan dengan cepat," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh membeli setem untuk pengeposan kad ucapan dari semua cawangan Pos Malaysia dan ejen berdaftar di seluruh negara.
Ini merupakan tahun kesembilan berturut-turut Pos Malaysia menawarkan kadar caj pengeposan istimewa kepada para pelangganya.
Topic Berkaitan
#hari raya
#pos malaysia
#setem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan