awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Positif COVID-19: Dua cawangan Jaya Grocer ditutup sementara

Farhana Joni
Farhana Joni
27/01/2021
06:00 MYT
Positif COVID-19: Dua cawangan Jaya Grocer ditutup sementara
Pengurusan The Jaya Grocer memaklumkan dua cawangan pasar raya terbabit ditutup sementara susulan terdapat pekerja yang positif COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Dua cawangan pasar raya Jaya Grocer ditutup sementara susulan beberapa pekerja di cawangan Jaya Grocer Mutiara Tropicana dan Empire Shopping Gallery disahkan positif COVID-19.
Pengurusan The Jaya Grocer dalam kenyataannya memaklumkan, bagi cawangan Empire Shopping Gallery, pihaknya telah menjalankan saringan COVID-19 terhadap semua pekerja pada 25 Januari lalu sebelum memperoleh keputusan ujian pada semalam.
Sumber Facebook jayagrocer
"Beberapa pekerja Jaya Grocer Empire Shopping Gallery yang tinggal di hostel yang disediakan didapati positif.
"Pasar raya itu akan dibersihkan dan disanitasi mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia," kata kenyataan yang disiarkan di akaun Facebook syarikat tersebut.
Katanya, semua pekerja yang memperoleh keputusan negatif di cawangan terbabit akan menjalani proses kuarantin seterusnya menjalani ujian saringan kedua, sebelum kembali memulakan kerja.
Sementara itu, cawangan Jaya Grocer Mutiara Tropicana pula mendapati terdapat seorang pekerja positif COVID-19.
Sumber Facebook jayagrocer
Kata kenyataan berlainan, tindakan sama akan diambil iaitu menutup sementara cawangan terbabit bagi kerja-kerja pembersihan serta sanitasi dilakukan.
Dalam masa sama, pihak pengurusan Jaya Grocer memaklumkan cawangan itu akan kembali beroperasi semula pada Khamis.
Topic Berkaitan
#jaya grocer
#positif
#COVID-19
#Jaya Grocer Mutiara Tropicana
#Jaya Grocer Empire Shopping Gallery
#Facebook
#Pekerja
#Hostel pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan