Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menemui Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebelum 18 Januari ini untuk menjelaskan isu berhubung pemotongan gaji penjawat awam sehingga kadar maksimum bagi membayar pinjaman mereka dengan agensi itu.
Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, agensi itu mahu membuat penjelasan berkenaan bagi menerangkan tindakannya terhadap 3,193 penjawat awam yang gagal membayar balik pinjaman berjumlah RM28.84 juta kepada PTPTN.
"Pihak kami sudah beberapa kali menghantar notis amaran kepada penjawat awam terbabit tetapi mereka tidak memberi komitmen untuk membayar balik hutang berkenaan," katanya pada sidang media selepas majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Dataran Lenggong di sini, pada Rabu.
BACA: Cuepacs mungkin tarik balik kebenaran pemotongan bayaran pinjaman PTPTN kakitangan awam
VIDEO: Peminjam PTPTN perlu runding potongan gaji mandatori
VIDEO: PTPTN - Shamsul Anuar nafi kenyataan Rafizi Ramli
Seramai 100 murid cemerlang UPSR yang mendapat keputusan 5A dan 4A masing-masing menerima akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) sebanyak RM100 dan RM70 serta beg sekolah.
Shamsul Anuar juga berkata ada penjawat awam yang memperoleh gaji bersih antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan tetapi masih enggan melunaskan pinjaman PTPTN, walaupun mereka boleh membuat penjadualan semula bayaran pinjaman.
Sambil menolak tanggapan sesetengah pihak yang menyifatkan tindakan PTPTN itu sebagai terburu-buru, beliau menjelaskan bahawa pemotongan gaji maksimum dibuat setelah pihaknya berhubung dengan peminjam menerusi telefon dan e-mel selain bertemu namun penjawat awam terbabit masih enggan membayar pinjaman.
"Sikap culas kakitangan awam terbabit memberi kesan kepada peminjam baharu yang mahu mendapatkan pembiayaan PTPTN," katanya.
Pada Selasa lepas, Cuepacs berkata ia akan meminta Jabatan Perkhidmatan Awam menarik balik kebenaran membuat pemotongan gaji penjawat awam bagi pinjaman PTPTN sekiranya agensi itu masih melaksanakan pemotongan maksimum.
Presidennya Datuk Azih Muda kesal dengan tindakan PTPTN yang dianggapnya sebagai tidak wajar kerana ia membebankan kedudukan kewangan penjawat awam terbabit.
Shamsul Anuar yang juga Anggota Parlimen Lenggong berkata PTPTN juga menawarkan pengecualian dan rebat antara 10 hingga 20 peratus kepada peminjam bagi menjelaskan hutang pembiayaan menerusi 71 pejabat cawangan yang boleh dihubungi di luar waktu kerja.
Menurutnya sejak arahan potongan gaji dibuat, kutipan hutang pinjaman PTPTN telah meningkat daripada 7.5 peratus kepada 17.2 peratus sejak Oktober lepas.
"PTPTN menyasarkan kutipan sebanyak RM2 bilion setahun untuk mendapatkan balik hutang pembiayaan mulai tahun depan," katanya.
Seramai 277,606 penjawat awam meminjam daripada PTPTN bagi melanjutkan pengajian mereka setakat ini.
Bernama
Wed Dec 30 2015
SHAMSUL: Sikap culas kakitangan awam terbabit memberi kesan kepada peminjam baharu yang mahu mendapatkan pembiayaan PTPTN.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.