KUALA LUMPUR: Atlet para negara Bonnie Bunyau Gustin menampilkan prestasi luar biasa apabila memecahkan rekod dunia pada kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai Ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), hari ini.
Kejayaan Bonnie melakukan angkatan bebanan seberat 230 kilogram (kg) dalam kategori lelaki atas 72 kg itu menyaksikan beliau merangkul pingat emas bagi acara berkenaan.
Atlet China, Peng Hu meraih perak dengan angkatan terbaik 214 kg manakala Nnamdi Innocent dari Nigeria memperoleh gangsa (213 kg).
Bonnie memadamkan rekod dipegang atlet Iran Roohallah Rostami yang melakukan angkatan seberat 229 kg di Sukan Para Asia Jakarta, Indonesia pada 2018.
Ia merupakan kejayaan kedua berturut-turut atlet kelahiran Kuching, Sarawak tahun ini, selepas beliau menghadiahkan pingat emas buat negara dalam acara sama pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia di Bangkok, Thailand bulan lepas.
Pada kejohanan di Bangkok, atlet berusia 22 tahun itu berjaya melakukan angkatan bebanan seberat 226 kg untuk meraih pingat emas manakala juara Sukan Paralimpik London 2012 Nader Moradi dari Iran merangkul perak (204 kg) diikuti Alexandr Daskov dari Kazakhstan di tempat ketiga (140 kg).
Seorang lagi atlet para negara, Jong Yee Khie dijadual beraksi bagi kategori lelaki atas 107 kg malam ini.
Sementara itu, kejayaan manis diraih Bonnie turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang menzahirkan ucapan tahniah menerusi hantaran di laman Twitternya.
"Amazing! (mengagumkan!) Emas dan rekod dunia yang baharu!
"Tahniah Bonnie Gustin atas pencapaian yang amat membanggakan ini. Inilah kuasa atlet kita. Kuasa atlet Malaysia!" katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021
Kejayaan Bonnie melakukan angkatan bebanan seberat 230 kilogram (kg) dalam kategori lelaki atas 72 kg itu menyaksikan beliau merangkul pingat emas bagi acara berkenaan. - Gambar/ Bernama
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kar Gee tambah koleksi emas negara di Dubai
Wong Kar Gee mengungguli acara itu dengan melakukan lompatan sejauh 6.80 meter.
Majlis Atlet mampu lonjak tahap kemajuan atlet para
Penubuhan Majlis Atlet dilihat mampu menjadi wadah membincangkan masalah dihadapi komuniti sukan para baik di dalam mahupun luar gelanggang.
Peratusan OKU berdaftar rendah sukarkan usaha cungkil baharu atlet para - Hannah
Peratusan penduduk Malaysia berdaftar sebagai OKU yang rendah menyukarkan usaha mencungkil lebih ramai bakat baharu atlet para.
Peruntukan bukan masalah utama tetapi pencarian bakat atlet para - Hannah
Hannah berkata, bagi sukan para, pencarian bakat adalah masalah yang lebih membimbangkan berbanding soal peruntukan.
Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif
Atlet kelahiran Perlis itu kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.
MPM minta tambahan dana RM50 juta setahun bagi pembangunan sukan para
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berharap kerajaan akan menambah peruntukan dana kepada sekurang-kurangnya RM50 juta setahun bagi membolehkan program pembangunan atlet para.
Skuad para negara bawa pulang tiga emas
Nur Azlia Syafinaz yang dibantu Nurul Suhada pula membawa pulang emas dalam acara kejar-mengejar individu B.
Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.
Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.
APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.