awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo

Bernama
Bernama
07/06/2023
16:11 MYT
APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini. - Bernama
PHNOM PENH: Malaysia seharusnya tersenyum gembira dengan pencapaian kontinjen para negara di Kemboja, yang bukan sahaja sudah mencapai sasaran yang ditetapkan Majlis Paralimpik Malaysia, malah melebihi pungutan di Sukan Para ASEAN (APG) edisi lalu di Solo, Indonesia.
Atlet 'luar biasa' itu berada dalam kelas tersendiri untuk sehingga kini telahpun merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini, dan membenam rekod 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa di Solo.
Skuad negara yang diketuai Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke APG Kemboja 2023 Noor Syahieda Mat Shah, cemerlang meraih sembilan emas, lapan perak dan tujuh gangsa hari ini.
Sukan 'lubuk emas' dari acara kolam renang sekali lagi tidak mengecewakan, apabila menghadirkan lima kilauan pingat emas menerusi Ethan Khoo (200 meter (m) gaya bebas lelaki S14- kecacatan intelektual); Fraidden Dawan (200m rampaian individu lelaki SM-10 - kecacatan fizikal) dan Lee Kher Zy dari 200m rampaian individu lelaki (SM5- kecacatan fizikal).
Abd Halim Mohammad pula menerusi 200m rampaian individu lelaki (SM8- kecacatan fizikal) dan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli dari 50m gaya bebas (S5- kecacatan fizikal).
Manakala, olahraga dan powerlifting, masing-masing menyumbang dua pingat emas buat negara.
Pelari Muhamad Nurdin Ibrahim pula melakukan pecutan bergaya untuk menyambar pingat menerusi acara 5,000m lelaki (T20- kecacatan intelektual) dan balingan padu Doriah Poulus dari acara merejam lembing (F44-kecacatan fizikal).
Dua pingat powerlifting pula 'diangkat' badang negara, Nicodemus Manggoi Moses menerusi kategori 88 kilogram (kg) angkatan terbaik (205kg) dan keseluruhan (595kg).
Tumpuan kontinjen negara pada hari keenam temasya esok bagi menambah kilauan emas, sudah pasti terarah kepada kem renang apabila sukan itu melabuhkan tirainya, esok.
Kolam renang setakat ini telah berjaya menyumbangkan 22 pingat emas, 12 perak dan sembilan gangsa, melebihi pencapaian 18 emas dan lima perak pada edisi ke-11.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APG
#atlet para
#sasaran pingat
#sukan para sean
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan