Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu mempertaruhkan tiga calon di kawasan Parlimen dan 10 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata PPBM turut menampilkan seorang calon muda yang berusia 36 tahun di DUN Tepuh.
Menurut Razali calon yang dibariskan ini merupakan muka baharu yang terdiri dari kalangan profesional termasuk jurutera, doktor dan ahli perniagaan.
“Pemilihan ini bukan dibuat dalam masa satu atau dua hari tetapi memakan masa berbulan-bulan. Kami juga minta cadangan daripada bahagian.
“Saya begitu yakin dengan pemilihan tersebut kerana mereka bukan hanya terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian Tertinggi, tetapi juga dikalangan ahli biasa.
“Ini kerana kami memerlukan calon yang boleh menang, tidak kira latar belakang, yang penting rakyat mahukan mereka.
“Selain itu calon-calon ini mempunyai kekuatan yang kental untuk berlawan dengan Barisan Nasional dan juga Pas,” katanya selepas pengumumkan calon PPBM Terengganu di Hulu Terengganu pada Ahad.
Razali berkata bagi calon DUN Batu Rakit dan Langkap akan di umumkan dalam masa terdekat.
Sementara itu Razali bakal bertanding di kerusi Parlimen Hulu Terengganu manakala Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh di Parlimen Besut diikuti Datuk Dr Mohd Faudzi Musa di Parlimen Setiu.
Bagi kawasan DUN, Che Ku Hashim Che Ku Mat (Kuala Besut), Ismail Abdul Kadir (Hulu Besut), Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan (Tepuh), dan Datuk Zulkifli Mohamad (Ladang).
Manakala Aidi Ahmad (Pengkalan Berangan), Zamani Mamat (Ajil), Mohamad Arif Arifin (Bukit Besi) dan Datuk Seri Wan Marzuki Wan Sembok (Kijal).
Sharom Abu Bakar
Sun Apr 15 2018
Pengerusi PPBM Terengganu Datuk Razali Idris bersama calon-calon PPBM yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). - Foto BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
"Kalau sayang PH, undilah Pas" - Dr Halimah
Calon Pas tersebut berkata, undi itu adalah untuk memastikan Pas boleh memainkan peranan semak dan imbang kepada PH dan kerajaan Selangor.
Bertanding dalam suasana adik-beradik, elak dendam - Rafizi
Apa yang penting adalah untuk menjaga parti dan tawarkan khidmat kepada masyarakat dan memegang teguh pada ideologi parti.
PPBM Terengganu umum senarai calon
PPBM Terengganu umumkan senarai calon yang dibarisi muka baharu untuk bertanding pada PRU14 nanti.