awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kalau sayang PH, undilah Pas" - Dr Halimah

Bernama
Bernama
07/09/2018
11:54 MYT
"Kalau sayang PH, undilah Pas" - Dr Halimah
HALIMAH: Pas boleh memainkan peranan semak dan imbang kepada PH dan kerajaan Selangor.
"Kalau sayang Pakatan Harapan (PH), undilah Pas," itulah rayuan terakhir calon Pas Dr Halimah Ali kepada pengundi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, esok.
Beliau berkata undi itu adalah untuk memastikan Pas boleh memainkan peranan semak dan imbang kepada PH dan kerajaan Selangor supaya tidak tersasar daripada landasan pentadbiran yang sepatutnya.
"Sehingga kini, saya mendapat sokongan kuat dan mantap bukan sahaja daripada kepimpinan UMNO, tetapi juga daripada setiap komponen parti pembangkang yang lain.
"Kita (Pas) juga perlu seramai mungkin pengundi terutamanya daripada anak muda yang telah pun terikut arus deras Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang merasakan seolah-olah PH terlalu hebat, bagus dan akan melakukan magis.
"Semasa PRU14, pengundi memilih PH kerana merasakan mampu mengangkat suara rakyat dan semua masalah akan selesai tetapi selepas 100 hari (memerintah), rakyat masih 'melarat'," katanya.
Beliau memberi jaminan bahawa Pas mampu membawa perubahan dan melontarkan suara rakyat yang tidak didengari di peringkat bawahan selama ini, sekiranya diberi mandat.
Sementara itu, Dr Halimah hanya mempertaruhkan keyakinan 50-50 dalam memenangi kerusi DUN Seri Setia.
"Tidak dinafikan PH mempunyai kelebihan dari segi 3M (wang, jentera dan media) manakala Pas pula terpaksa mengeluarkan dana daripada poket sendiri.
"Namun keluhan rakyat selepas PH gagal memenuhi manifesto 100 hari menjadi kekuatan Pas untuk meraih undi," katanya.
Dr Halimah berdepan calon PH Halimey Abu Bakar pada PRK Seri Setia, berikutan kekosongan kerusi itu selepas penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Baharuddin meninggal dunia akibat kanser usus, 2 Ogos lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calom
#Halimah Ali
#Pakatan Harapan
#PAS
#pengundi
#PRK
#rakyat
#seri setia
#undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan