Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mampu menawarkan kelebihan kepada pakatan pembangkang berikutan masih dalam situasi 'cuba mencuba' malah tidak ubah seperti berada di alam fantasi.
Beliau berkata ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang berada di alam realiti, malah sudah puluhan tahun mencapai persefahaman yang jitu bersama-sama parti komponen yang lain.
"Lagipun sejarah mengatakan kalau kerjasama itu hanya sekadar kerana ada 'common enemy' (musuh yang sama) maka perbalahan lebih besar akan terjadi selepas itu. Adakah rakyat nak mengorbankan sesuatu untuk mengambil satu alternatif yang belum menjanjikan apa-apa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Himpunan Jentera Penerangan UMNO Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.
Annuar diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kewujudan parti baharu PPBM mampu memberi kekuatan kepada pakatan pembangkang dalam pillihan raya umum ke-14 akan datang.
Malah Anggota Parlimen Ketereh itu sangsi dengan kesediaan parti pembangkang seperti DAP dan PKR untuk mengorbankan kerusi mereka untuk PPBM.
Dalam pada itu, Annuar menggariskan empat elemen untuk memperkuat dan merapatkan lagi saf UMNO iaitu meningkatkan solidariti, penghayatan perjuangan parti, membina strategi yang betul serta membentuk mentaliti untuk menang.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau meminta anggota UMNO membentuk imej baik terhadap parti berusia 70 tahun itu bagi memastikan parti dinilai berdasarkan sejarah perjuangan parti itu yang sebenar-benarnya.
"Jangan biarkan orang kenal UMNO dari lidah PAS, jangan biarkan orang kenal UMNO dari bibir DAP. Hidupkan sejarah UMNO," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2016
ANNUAR: Jangan biarkan orang kenal UMNO dari lidah PAS, jangan biarkan orang kenal UMNO dari bibir DAP. Hidupkan sejarah UMNO. - Gambar Fail
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
PPBM tidak mampu tawar kelebihan kepada pakatan pembangkang - Annuar
Ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang berada di alam realiti, malah sudah puluhan tahun mencapai persefahaman yang jitu bersama-sama parti komponen yang lain.