MALAYSIA
PPM adakan istiadat Pentauliahan Pesuruhjaya Kebangsaan 2025-2027

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) hari ini telah mengadakan Majlis Istiadat Pentauliahan Pesuruhjaya Kebangsaan dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan bagi penggal 2025–2027 bertempat di Ibu Pejabat PPM. - Foto PPM
KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) hari ini telah mengadakan Majlis Istiadat Pentauliahan Pesuruhjaya Kebangsaan dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan bagi penggal 2025–2027 bertempat di Ibu Pejabat PPM, di sini.
Ringkasan AI
- Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) mengadakan Majlis Pentauliahan Pesuruhjaya Kebangsaan dan Ibu Pejabat bagi penggal 20252027 di Ibu Pejabat PPM.
- Seramai 30 Pesuruhjaya menerima pelantikan rasmi, termasuk Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.
- Ketua Pengakap Negara menegaskan pelantikan ini sebagai amanah besar untuk memperkukuh pentadbiran, membimbing belia serta mengangkat nama PPM di peringkat nasional dan antarabangsa.
Kira-kira 30 orang Pesuruhjaya dari pelbagai jawatan di peringkat kebangsaan dan Ibu Pejabat Kebangsaan telah menerima pentauliahan rasmi dan pelantikan bagi tempoh perkhidmatan selama tiga tahun, bermula tahun 2025 sehingga 2027.
Turut menerima tauliah adalah Noor Azmi Ujang sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka dan Kugeneswaran Tamilmany sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.
Pentauliahan ini bertujuan memperkukuh struktur pentadbiran dan penyelarasan aktiviti kepengakapan di peringkat kebangsaan, seiring dengan misi PPM untuk melahirkan belia berdaya saing dan berakhlak mulia.
Usai istiadat itu, Mejar Jeneral Mohd Zin menyampaikan amanat yang memberi penekanan terhadap fungsi, peranan, dan tanggungjawab setiap Pesuruhjaya.
Menurut beliau, pelantikan itu bukan sekadar amanah, tetapi satu tanggungjawab besar untuk membimbing generasi muda melalui pendidikan kepengakapan yang progresif dan menyeluruh.
Beliau turut menyatakan harapan agar semua pesuruhjaya yang ditauliahkan akan berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme, dan semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam usaha memperkukuh nama baik dan keberkesanan PPM di peringkat nasional dan antarabangsa.
“Tauliah anda adalah dari Ketua Pengakap Negara, kuasa yang telah diperturunkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
"Jadi, tauliah anda adalah amat berharga, tidak seperti tauliah-tauliah oleh persatuan-persatuan lain," katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.
“Keterampilan, ilmu dan pemimpin penting dan anda berada di peringkat operasi untuk mengoperasikan sijil ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami