awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPN 2.0: Kaji terlebih dahulu pencapaian PPN sedia ada - Pakar

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
11/01/2022
04:41 MYT
PPN 2.0: Kaji terlebih dahulu pencapaian PPN sedia ada - Pakar
Apa yang lebih penting kini adalah memastikan semua pelan di bawah PPN yang sedia ada diperkukuhkan dan mencapai objektif. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan satu lagi Pelan Pemulihan Negara dirangka untuk pemulihan pasca COVID-19.
Namun, Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin, berpendapat, apa yang lebih penting kini adalah memastikan semua pelan di bawah PPN yang sedia ada diperkukuhkan dan mencapai objektif, sebelum pelan baharu dirangka.
"Persediaan awal ini baik tetapi tempoh masa pelaksanaan juga kritikal. Saya berpendapat pelan baharu atau PPN 2.0 ini boleh dilaksanakan selepas penilaian dan pengukuran penuh pencapaian PPN 1.0 dulu dijalankan.
"Selagi belum ada penilaian penuh, sama ada objektifnya tercapai atau sebaliknya, agak sia-sia perancangan untuk PPN 2.0 kerana ada kemungkinan kita tidak boleh capai objektifnya sebaik mungkin," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, hari ini.
Tegasnya, pengukuhan PPN sedia ada amat penting ketika ini kerana negara dilihat bukan sahaja masih bergelut dengan jangkitan COVID-19 tetapi juga isu-isu lain yang memberi tekanan kepada sistem ekonomi dan sosial.
"Pengukuhan pelan sedia ada perlu sebab kita tak nak pelbagai pelan dibuat tetapi rakyat dan negara masih bergelut dan dibebani dengan jangkitan COVID-19, kemunculan varian baharu, isu vaksinasi, pelanggaran SOP dan sebagainya.
"Kena faham tekanan ekonomi dan sosial masih tinggi, malah kita juga dikejutkan dengan bencana alam yang memberi impak dan banyak negeri terlibat masih bergelut untuk pulih.
"Kalau dilihat PPN 1.0 mempunyai empat fasa dengan tiga indikator iaitu kadar penularan harian, keupayaan sistem kesihatan iaitu bilangan katil dalam wad kecemasan dan tahap vaksinasi.
PPN | Wajarkah Pelan Pemulihan Negara 2.0?
"Kalau kita lihat pada indikator ini kita belum capai sepenuhnya kecuali penggunaan katil wad kecemasan nampak menurun kerana proses vaksinasi yang aktif. "Tetapi jangkitan COVID-19 harian masih empat digit, vaksinasi pun belum 100 peratus dan kita dikejutkan pula dengan kes pemalsuan sijil vaksinasi. Ini semua perlu diberi perhatian terlebih dahulu," ujarnya. Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Isnin berkata PPN 2.0 perlu dirangka secara menyeluruh dan inklusif dengan membabitkan semua pemegang taruh termasuk pihak swasta. Mesyuarat sama juga bersetuju menubuhkan pasukan kerja bagi meneliti sektor ekonomi penting dan perlu dibantu untuk dipulihkan dengan segera.
Topic Berkaitan
#Pelan Pemulihan Negara
#PPN
#COVID-19
#ekonomi
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan