awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
Lebih 17 juta rakyat Afghanistan terima kad pengenalan elektronik
Kyrgyzstan lucut semua anugerah negara bekas Presiden Atambayev
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPN: Kadar kemasukan hospital kini antara tiga penunjuk bagi Fasa Dua ke fasa seterusnya - Tengku Zafrul

Firdaus Azil
Firdaus Azil
05/08/2021
10:10 MYT
PPN: Kadar kemasukan hospital kini antara tiga penunjuk bagi Fasa Dua ke fasa seterusnya - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan menggunakan kadar kemasukan ke hospital, sebagai salah satu daripada tiga nilai ambang untuk negeri-negeri dan wilayah, untuk memasuki Fasa Tiga dan Empat.
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan lagi menggunakan jumlah kes harian COVID-19 sebagai penunjuk bagi membolehkan negeri dan wilayah dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), bergerak ke fasa seterusnya.
Sebaliknya, jelas Menteri Penyelaras PPN Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan akan menggunakan kadar kemasukan ke hospital, sebagai salah satu daripada tiga nilai ambang untuk negeri-negeri dan wilayah, untuk memasuki Fasa Tiga dan Empat.
Jelasnya lagi, dua lagi nilai ambang dalam PPN, iaitu – kadar vaksinasi dan kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) – akan dikekalkan.
“Setelah mencapai kadar vaksinasi 40 peratus penduduk dewasa dan ke atas, bilangan kes baharu menjadi kurang relevan. Kerana kebanyakan kes adalah kes yang tidak bergejala atau bergejala ringan, atau kategori satu dan dua. Sekali gus mengurangkan beban terhadap infrastruktur kesihatan awam.
“Apa yang lebih penting dalam pemantauan dan penilaian ke fasa tiga dan selanjutnya adalah kes bergejala serius iaitu kategori tiga, empat, dan lima.
“Sehubungan itu indikator bilangan kes baharu COVID-19 akan digantikan dengan bilangan kes serius baharu, menggunakan proksi kemasukan hospital baharu untuk COVID-19 yang disesuaikan untuk kategori tiga, empat, dan lima,” katanya lagi.
BACA: PPN: Negeri yang telah beralih ke fasa dua tidak akan kembali ke fasa satu
BACA: Perlis, Sarawak dan Labuan beralih ke Fasa 3 PPN bermula 4 Ogos - PM
Tengku Zafrul, yang juga Menteri Kewangan berkata, berdasarkan penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), nilai ambang untuk peralihan Fasa Dua ke Fasa Tiga, adalah kadar kemasukan hospital sebanyak tiga kes per 100,000 penduduk atau bersamaan 1,000 kes kemasukan harian bagi seluruh negara.
Bagi peralihan Fasa Tiga ke Fasa Empat pula, katanya lagi, nilai ambangnya ialah kemasukan 1.3 kes per 100,000 penduduk, atau bersamaan 400 kes kemasukan harian seluruh negara.
Selaras peralihan nilai ambang untuk Fasa Dua ke Fasa Tiga, Zafrul berkata, Perlis, Sarawak dan Labuan berjaya memenuhi nilai ambang yang ditetapkan, dan melangkah ke Fasa Tiga.
Setakat hari ini, negeri-negeri dan wilayah yang masih berada di Fasa Satu ialah Selangor, Kuala Lumpur, Johor, dan Negeri Sembilan.
Manakala di Fasa Dua ialah Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, dan Sabah.
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Menteri Penyelaras PPN
#Menteri Kewangan
#Pelan Pemulihan Negara
#PPN
#fasa satu
#Kementerian Kesihatan
#unit rawatan rapi
#nilai ambang
#ICU
#KKM
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan