awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPNP didakwa duduki tanah kerajaan Pahang tanpa kebenaran sah

Bernama
Bernama
28/02/2025
08:40 MYT
PPNP didakwa duduki tanah kerajaan Pahang tanpa kebenaran sah
Wan Aidie Amin (kiri) hadir ke mahkamah mewakili PPNP yang menghadapi petuduhan dalam Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran. -Sinar Harian
KUANTAN: Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah.

Ringkasan AI
  • Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP) didakwa menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah di Kampung Kawah, Mukim Hulu Kuantan pada 18 Jun 2024.
  • Jika sabit kesalahan, PPNP boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara.
  • Hakim membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 April untuk sebutan semula kes.

Pertubuhan itu yang diwakili bendaharinya Wan Aidie Amin Wan A. Aziz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang didakwa dilakukan di Kampung Kawah, Mukim Hulu Kuantan di sini pada 2 petang, 18 Jun 2024.
Pertuduhan mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara (Revised 2020) Akta 828 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) Muhammad Najmi Zaki Amer Suhaimi dan Muhammad Taqiyuddin Azizan manakala PPNP diwakili Asiah Abd Jalil.
Muhammad Najmi Zaki berkata pihak pendakwaan tidak menetapkan sebarang jumlah jaminan dan meminta mahkamah menentukan atas budi bicara.
Sementara itu, Asiah memohon jaminan minimum dengan mengambil kira ia sebuah pertubuhan dan wang ikat jamin ialah wang pertubuhan selain kes berkenaan tidak melibatkan kerugian kepada hasil kerajaan negeri.
Hakim Azman Mustapha membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 April untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPNP
#Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang
#menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran
#Kampung Kawah Mukim Hulu Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan