awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPR dijenamakan semula sebagai Rumah Malaysia - Zuraida

Bernama
Bernama
19/02/2021
09:00 MYT
PPR dijenamakan semula sebagai Rumah Malaysia - Zuraida
Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dijenamakan semula sebagai Rumah Malaysia bermula projek tahun ini, selain keluasan rumah ditambah kepada 900 kaki persegi (kps) berbanding 700 kps sekarang. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dijenamakan semula sebagai Rumah Malaysia bermula projek tahun ini, selain keluasan rumah ditambah kepada 900 kaki persegi (kps) berbanding 700 kps sekarang, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin.
Selain itu, beliau berkata kadar sewa perumahan tersebut di seluruh negara juga akan diselaraskan.
Ini merupakan sebahagian pembaharuan dasar yang dibuat oleh kementerian bagi meningkatkan keselesaan dan mutu hidup rakyat, sekali gus menjadikan mereka rakyat yang berkualiti tinggi, katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Taman Seri Molek Perdana Fasa 1 dan PPR Taman Perling Johor, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib serta Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil.
Mengulas lanjut, Zuraida berkata pelbagai fasiliti seperti taman permainan, dewan dan rumah ibadat juga harus disediakan dalam projek Rumah Malaysia bagi mewujudkan persekitaran yang sihat, selain penubuhan jawatankuasa penduduk yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan dan keselamatan.
Selain itu, kementerian juga menetapkan Rumah Malaysia perlu didiami oleh pemohon yang layak dalam tempoh tiga bulan selepas siap bagi menangani masalah kediaman tidak berpenghuni.
"Kerajaan negeri hendaklah beri kerjasama dalam mendapatkan pengisian. Ini termasuk memberi sewaan selama dua tahun sementara pemohon terlibat menguruskan pinjaman bank dan sebagainya.
"Sekiranya selepas tempoh dua tahun mereka masih gagal mendapatkan pinjaman bank, kerajaan negeri harus mengambil keputusan sama ada memberikan tempoh lanjutan sewaan atau mencari pemohon baharu," katanya.
Zuraida berkata untuk tahun ini, sebanyak 11 projek Rumah Malaysia membabitkan 4,120 unit akan dibina di seluruh negara dengan tiga daripadanya di Johor, iaitu di Kluang, Sembrong dan Pengerang.
Kesemua projek terbabit masih dalam proses tender.
Berhubung majlis hari ini, Zuraida berkata penyerahan kunci itu melibatkan 160 unit kediaman dan lapan unit kedai daripada keseluruhan 972 unit di Taman Seri Molek Perdana, serta 525 unit PPR Taman Perling
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPR
#dijenamakan semula
#Projek Perumahan Rakyat
#Rumah Malaysia
#Zuraida Kamaruddin
#Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan