KUALA LUMPUR: Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM) menyerahkan memorandum berkaitan cadangan penambahbaikan p-hailing kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli pada Jumaat.
Ahli Majlis Pimpinan AMK Pusat, Bryan Ng Yih Miin berkata, penyerahan memorandum itu turut disertai oleh golongan p-hailing orang kurang upaya (OKU), Indian Riders Club, Gabungan E-hailing Malaysia yang berlangsung di Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya.
Menurutnya, menerusi pertemuan itu, pelbagai isu utama yang dibincangkan antaranya, pembayaran setiap perjalanan, ketiadaan pengiraan bayaran yang telus, keperluan interface mudah alih yang jelas serta perlunya badan pengawalseliaan dan tribunal khas.
“Saya turut menyuarakan isu berkaitan peraturan dalam mengawal kadar bayaran, pengiktirafan penghantar sebagai pekerja gig, kekurangan perlindungan keselamatan sosial, kekurangan kawal seliaan serta usaha untuk menyediakan latihan pekerjaan dan penempatan pekerjaan bagi para penghantar makanan.
“Dalam kepesatan ekonomi gig, saya juga melihat kepentingan untuk memastikan penghantar makanan menjalani latihan pembangunan. Ini termasuklah latihan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris seperti yang ditawarkan secara kerjasama antara Food Panda dan SOLS Edu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Jelasnya, penghantar makanan perlu diberikan latihan bagi meningkatkan kemahiran komunikasi di samping memantapkan pembangunan kendiri.
“Kami berbesar hari kerana beliau (Adam Adli) bersedia untuk menjadi penghubung antara kementerian berkaitan bagi membawa isu yang diutarakan,” kata Bryan.
Tambahnya lagi, dengan kerjasama itu, isu dan kesulitan yang dihadapi oleh para penghantar p-hailing dapat diselesaikan termasuk mendapat perlindungan dan keadilan yang sewajarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 11 2023

Adam Adli (tengah, depan) dan Bryan ketika mengadakan pertemuan bersama PPRPM dan Gabungan E-hailing Malaysia pada Jumaat. - Foto Sinar Harian

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Lintasan Karem Abu Salem dijangka dibuka tidak lama lagi - PBB
Persimpangan Karem Abu Salem yang terletak antara Israe dan Gaza dijangka akan dibuka tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin.
Situasi di Gaza pembunuhan besar-besaran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengutuk situasi di Gaza sebagai pembunuhan besar-besaran.
Angka korban di Gaza cecah 17,000
Pencerobohan Israel di Gaza menyebabkan ratusan lagi rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka korban kini melebihi 17 ribu orang, pada Khamis.
Tiada persetujuan Israel-Hamas mengenai jeda kemanusiaan
White House menyatakan ketiadaan potensi perjanjian jeda kemanusiaan antara Israel dan Hamas dalam masa terdekat, sementara kumpulan tujuh negara terus mendesak bantuan.

Perkeso saran individu terlibat sektor p-hailing, e-hailing segera mencarum
Individu yang terlibat dalam sektor p-hailing dan e-hailing disaran segera mendaftar serta membuat caruman dengan Perkeso bagi menjamin kebajikan mereka.

Syarikat p-hailing beri komitmen untuk lebih telus tentu kadar upah penghantar - PM
Syarikat pengendali p-hailing telah memberikan komitmen untuk lebih telus, meneliti dan memperhalusi lebih lanjut pandangan golongan penghantar dalam penentuan dan pengiraan kadar upah bagi mereka.

Pertemuan 8 Ogos diharap menoktahkah isu kadar upah rendah p-hailing
Kata mereka keadaan itu berlaku berikutan kadar upah dikurangkan daripada RM10 pada 2020 kepada RM5 sekarang bagi setiap perjalanan.

Syarikat pengendali p-hailing dipanggil bertemu PM Selasa depan - MoT
Ia susulan perjumpaan PM dengan rakan penghantar perkhidmatan p-hailing pada 22 Julai lepas.

Ada keperluan kaji kadar upah p-hailing - Pakar ekonomi
Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan adalah berkenaan perlindungan sosial kepada pekerja-pekerja gig di negara ini.

Usaha PM adakan pertemuan bincang kadar upah p-hailing bukti keprihatinan
Penghantar p-hailing berharap pertemuan itu dapat menoktahkan isu yang membelenggu mereka sejak sekian lama.

PPRPM bawa isu p-hailing kepada Adam Adli
Pelbagai isu utama dibincangkan antaranya, bayaran perjalanan, pengiraan bayaran yang telus dan keperluan interface mudah alih.

RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 bagi kawal selia perkhidmatan P-hailing
Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 yang diluluskan di Dewan Negara semalam antara lain bagi membolehkan APAD mengawal selia syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing

Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan
Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan

Kerajaan akan pinda RUU umur p-hailing daripada 21 ke 18 tahun - Anthony
Kerajaan akan membawa dan meminda Rang Undang-Undang umur penghantar makanan p-hailing daripada 21 tahun kepada 18 tahun di Dewan Rakyat.