awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPS terakhir ditutup, banjir di Johor pulih sepenuhnya

Bernama
Bernama
03/01/2025
05:00 MYT
PPS terakhir ditutup, banjir di Johor pulih sepenuhnya
Seramai 27 mangsa daripada lima keluarga di PPS Balai Raya Kampung Perpat dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini. -Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Balai Raya Kampung Perpat di Kota Tinggi ditutup 11 pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah pusat pemindahan sementara terakhir di Balai Raya Kampung Perpat, Kota Tinggi ditutup pada 11 pagi tadi.
  • 27 mangsa daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS tersebut sejak Selasa lepas dibenarkan pulang setelah air banjir surut dan keadaan kediaman selamat.
  • Cuaca di kesemua 10 daerah diramalkan cerah pagi ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan, 27 mangsa daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS berkenaan sejak dibuka Selasa lepas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.
"Mereka dibenarkan pulang setelah air banjir surut dan keadaan di kawasan kediaman didapati selamat.
"Selain itu, cuaca di kesemua 10 daerah diramalkan cerah pagi ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Johor kembali dilanda banjir melibatkan daerah Kota Tinggi susulan hujan lebat berterusan pada Isnin lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Balai Raya Kampung Perpat
#Johor
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan