awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPSR 2019 boleh diperoleh pada 21 Nov

Bernama
Bernama
11/11/2019
05:07 MYT
PPSR 2019 boleh diperoleh pada 21 Nov
Semakan keputusan UPSR dan PASR boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888. - Gambar fail
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bagi murid Tahun 6 boleh diperolehi pada 21 November mulai jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata waris dibenarkan untuk mengambil dokumen PPSR sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.
PPSR merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah.
PPSR merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid aliran perdana dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas (MBK) masalah pembelajaran.
Amin berkata semakan keputusan UPSR dan PASR boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip UPSR AngkaGiliran atau PASR AngkaGiliran dan SMS ke 15888.
"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada 21 November dan akan ditamatkan pada jam 6.00 petang pada 30 November,"katanya.
Semakan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#amin senin
#kejayaan murid
#Lembaga Peperiksaan
#Pelaporan Pentaksiran
#peperiksaan
#PPSR
#sekolah
#Tahun 6
#UPSR
#waris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan