awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPUiTM sasar 200 sampel untuk ujian pengesanan COVID-19

Bernama
Bernama
08/04/2020
01:43 MYT
PPUiTM sasar 200 sampel untuk ujian pengesanan COVID-19
Dr Ariza menunjukkan antara mesin 'Labculture' yang merupakan salah satu proses dalam menjalankan ujian pengesanan COVID-19. -Bernama
Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (PPUiTM) akan meningkat kapasiti makmal ujian sampel saringan dan pengesanan COVID-19 kepada 200 sampel sehari, bermula esok.
Pakar Perunding Patologi (Microbiologi Perubatan) PPUiTM, yang juga ketua pasukan mengendalikan makmal COVID-19, Prof Dr Ariza Adnan, berkata pihaknya telah menjalankan ujian 100 sampel sehari sejak makmal itu mula beroperasi pada 3 April lalu.
"Seramai 30 petugas termasuk pensyarah, pegawai sains dan ahli teknologi makmal perubatan sedang bekerja dalam dua syif iaitu dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan 2 petang hingga 8 malam," katanya kepada pemberita di Institut Bioteknologi Perubatan Molekul (IMMB), PPUiTM, di Sungai Buloh, dekat sini, semalam.
Usaha itu adalah untuk meningkatkan kapasiti ujian sampel itu bagi membantu serta meringankan bebanan kerja Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani wabak penyakit itu.
Mac lepas, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan, berkata kapasiti makmal KKM yang terbabit dalam menjalankan ujian pengesanan COVID-19 diperluaskan dengan bantuan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
KPT serta MOSTI telah menyediakan 10 makmal diagnostik tambahan di institusi pengajian tinggi, hospital pengajar universiti (HPU), termasuk satu makmal bergerak yang boleh dihantar ke kawasan lokasi panas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ariza Adnan
#COVID-19
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#Microbiologi Perubatan
#Noor Hisham Abdullah
#perubatan
#PPUiTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan