SUNGAI SIPUT: Pusat pemberian vaksin (PPV) Bas Bergerak MARA Liner Sdn Bhd yang beroperasi memberi vaksin selama 10 jam sehari tanpa mengambil kira pendaftaran melalui MySejahtera, mampu memberi 800 suntikan sehari di sesuatu kawasan tertentu di luar bandar.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata 17 bas ekspres MARA Liner dijadikan sebagai PPV dan sebagai permulaan, dua buah bas pertama digerakkan di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong di sini hari ini melibatkan seramai 100 orang penerima termasuk 40 orang Tok Batin dan 60 warga emas Orang Asli.
"Sungai Siput menjadi lokasi pertama PPV Bas Bergerak MARA Liner sebagai usaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk membawa suntikan vaksin COVID-19 ke kawasan perkampungan masyarakat Orang Asli," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Pemberian Vaksin Bas Bergerak Untuk Tok Batin dan Masyarakat Orang Asli di OAOSC Bawong di sini hari ini.
Beliau berkata PPV Bas Bergerak itu akan diteruskan ke Mersing, Johor dan ke kawasan-kawasan Orang Asli di seluruh negara sebagai antara usaha memastikan masyarakat luar bandar termasuk masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam mendapatkan suntikan vaksin bagi mengekang penularan pandemik itu.
VAKSIN-MARA 2 (AKHIR) SUNGAI SIPUT
Katanya program itu dijayakan melalui kerjasama di antara PPV Bas Bergerak MARA Liner, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar, Hospital Daerah Sungai Siput serta beberapa agensi kerajaan lain.
"KPLB sentiasa berusaha untuk memberi penerangan jelas mengenai kebaikan suntikan vaksin COVID-19 kepada masyarakat luar bandar serta membantu mereka yang menghadapi kesulitan untuk bergerak ke PPV, dengan membawa PPV Bas Bergerak MARA Liner ini ke kawasan yang berdekatan dengan mereka," katanya.
Beliau berkata melalui usaha-usaha yang dilaksanakan itu, KPLB berharap agar kesemua 144,180 masyarakat Orang Asli di seluruh negara yang layak divaksin dapat menerima suntikan dengan segera bagi membantu pihak kerajaan mencapai sasaran imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini.
Abdul Rahman berkata kini kian ramai Orang Asli yang inginkan vaksin, malah ada yang tidak sabar untuk mendapatkan suntikan kerana mereka mahu menjalani kehidupan seperti dahulu, termasuk berjalan di bandar tanpa memakai pelitup muka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 26 2021

Dua buah bas pertama digerakkan di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong di Sungai Siput. - Gambar/ Facebook Mara Liner Sdn Bhd

Kemalangan | 20 maut selepas bas terlanggar lori minyak
Sekurang-kurangnya 20 maut apabila sebuah bas merempuh lori tangki minyak di lebuh raya di Punjab, Pakistan. Menurut pihak berkuasa, kemalangan yang mencetuskan kebakaran itu berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Lahore ke Karachi.

COVID-19 | lebih 100 ribu kes baru direkodkan di Jepun
Dunia masih lagi dihantui kes jangkitan COVID-19. Di Jepun, lebih 100 ribu kes baharu dilaporkan dengan 138 ribu 613 kes baharu, dengan 204 kes kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lepas. Menurut laporan Sistem Penyiaran Tokyo (TBS), kemasukan data baharu itu sekali gus melonjakan angka keseluruhan kes di negara Matahari Terbit itu, dengan 1 juta 371 ribu kes setakat ini.

Hari Kemerdekaan | Geopolitik mengancam keselamatan serantau - Jokowi
Menjelang Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos, Presiden Joko Widodo menyeru seluruh rakyat supaya bersatu dan berwaspada dalam menghadapi pelbagai krisis. Ketika menyampaikan perutusannya di Parlimen, Jokowi memberitahu ahli Parlimen dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan bahawa geopolitik dunia boleh mengancam keselamatan serantau.

Presiden Baharu | Situasi di Kenya tenang, tiada rusuhan
Ibu kota Nairobi dilaporkan berada dalam keadaan tenang setakat ini meskipun dibimbangi berlakunya rusuhan selepas pemilihan William Ruto sebagai Presiden baharu Kenya. Tiada protes berlaku sehari selepas Ruto diisytiharkan sebagai Presiden selepas menewaskan veteran pembangkang yang juga merupakan seteru lama Ruto, Raila Odinga.

Cuaca Panas | Gelombang panas melanda China
Jutaan warga China berhadapan dengan cuaca panas melampau apabila kebanyakan kawasan selatan negara itu mencatatkan suhu melebihi 40 darjah celcius. Jabatan Meteorologi China telah mengeluarkan amaran tahap tertinggi gelombang panas untuk lima hari berturut-turut.

Palestin-Israel | Mahkamah Israel tolak rayuan tahanan Palestin
Mahkamah Tentera di Israel pada Isnin menolak rayuan pembebasan seorang banduan rakyat Palestin yang melancarkan mogok lapar berterusan selama 165 hari. Khalil Awawdeh, salah seorang daripada banduan rakyat Palestin yang melancarkan mogok lapar sebagai bantahan terhadap hukumannya.

Kebakaran | Ribuan ekar hutan terbakar di Sepanyol
Lebih 1,000 penduduk di Alicante, Wilayah Pesisir Sepanyol terpaksa dipindahkan susulan kebakaran yang menyebabkan kemusnahan hampir 10,000 ekar hutan berdekatan. Menurut laporan berita tempatan, ratusan anggota bomba yang dikerah ke wilayah itu terus bergelut mengawal kebakaran yang berlaku di Bejis.

COVID-19 | Jill Biden positif COVID-19, alami simptom ringan
Wanita pertama yang juga isteri kepada Presiden Amerika Syarikat, Jill Biden disahkan positif COVID-19 pada Selasa. White House memaklumkan, Jill disahkan positif ketika sedang bercuti di rumah rehat keluarganya bersama Joe Biden serta anak di South Carolina.

Kertas Putih | Kaji langkah strategik demi sistem berdaya tahan
Malaysia perlu mengkaji langkah strategik bagi menjamin sistem kesihatan yang lebih lestari serta kalis masa depan. Ketua Eksekutif, Pusat Galen, Azrul Mohd Khalib berpandangan sudah tiba masanya negara melihat ia sebagai satu pelaburan agar sistem ini dapat menampung pelbagai isu yang kian berbangkit seperti penyakit tidak berjangkit, negara menua, kesihatan mental, serta isu tenaga kerja.

Isu LCS | Syor penubuhan RCI dibawa ke Kabinet
Kementerian Pertahanan akan mengemukakan kepada Kabinet berhubung syor penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal pembelian kapal tempur pesisir (LCS). Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan tersebut ketika menjawab usul berkaitan projek pembinaan LCS yang dibawa oleh Senator Lim Hui Ying di Dewan Negara pada Selasa.

PPV Bas Bergerak MARA Liner mampu vaksin 800 penduduk luar bandar sehari
Dua buah bas pertama digerakkan di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong di Sungai Siput.