Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merancang menjadikan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) sebahagian daripada Perbadanan Perumahan Negara bagi memastikan industri perumahan terpusat dan standard serta memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan.
Menterinya Zuraida Kamaruddin yang menafikan dakwaan PR1MA bakal dibubarkan tidak lama lagi, berkata kerajaan sebaliknya melihat ke hadapan untuk perbadanan itu, antaranya projek perumahan di bawah Kementerian Pendidikan dan Pertahanan serta generasi baharu Felda akan diletakkan di bawah PR1MA.
"Kerajaan berharap dapat menggerakkan PR1MA seperti Lembaga Pembangunan Perumahan Singapura (HDB)," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini pada Selasa.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah menyelesaikan beberapa masalah PR1MA termasuk unit yang tidak terjual.
Semasa Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2019 bermula 1 Mac hingga 31 Dis 2019, PR1MA menjual 9,306 unit dan memperoleh 19,170 tempahan katanya.
PR1MA ditubuhkan di bawah kerajaan terdahulu melalui Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menyelenggara perumahan berkualiti tinggi dengan konsep gaya hidup untuk isi rumah berpendapatan sederhana di pusat bandar utama dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.
Apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Persekutuan, ia meletakkan PR1MA di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 07 2020

PR1MA ditubuhkan di bawah kerajaan terdahulu untuk merancang, membangun, membina dan menyelenggara perumahan berkualiti tinggi dengan konsep gaya hidup untuk isi rumah berpendapatan sederhana di pusat bandar utama. - Gambar hiasan

LIMA'25 tarik 450,000 pengunjung, pacu minat terhadap industri pertahanan negara
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) melabuhkan tirainya hari ini, dengan mencatatkan kehadiran kira-kira 450,000 pengunjung daripada kesemua kumpulan komersial dan per

Kerajaan jamin harga RON95 tidak dinaikkan - PM
Kerajaan memberi jaminan bahawa harga petrol RON95 tidak akan dinaikkan untuk rakyat, walaupun cadangan berkenaan pernah dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet.

PKR perlu terus jadi teras kepada kerajaan - Amirudin
Keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberikan petunjuk jelas mengenai hala tuju masa depan parti itu serta negara, kata Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari.

Banyak lori bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza dipintas penduduk terdesak - PBB
Cara terbaik untuk mengelak rampasan ialah dengan menyalurkan lebih banyak bantuan agar penduduk tidak berada dalam keadaan terlalu terdesak.

Biro Politik PKR adakan mesyuarat khas hujung bulan ini, tumpu program PRN Sabah - PM Anwar
Biro Politik PKR akan mengadakan mesyuarat khas pada 29 Mei ini bagi membincangkan mengenai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

'Azizah saya pilih, Izzah akar umbi pilih' - Anwar jawab isu nepotisme
Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan kembali isu nepotisme yang pernah dikaitkan dengan keluarganya dalam kepimpinan parti.

Rafizi tokoh sesuai sertai 'payung besar' PRU16 - Annuar Musa
Annuar berpandangan bahawa Rafizi merupakan tokoh yang sesuai untuk menyertai satu koalisi politik nasional yang disifatkan sebagai payung besar.
AWANI Ringkas: Kesuma ingatkan majikan jaga hak pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tular: Penganggur diberkas, modus operandi sasar kereta tak berkunci
Seorang penganggur dipercayai aktif melakukan kegiatan curi menggunakan modus operandi menyasarkan kenderaan yang ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci.

Lelaki parah ditetak bekas suami kekasih
Angkara cemburu, seorang lelaki parah ditetak tiga individu termasuk bekas suami teman wanitanya di di Puchong, Subang Jaya pada Sabtu.

Kemenangan PRN Sabah jadi ‘signal’ Anwar kekal mentadbir sehingga PRU-16 - Amirudin
Kemenangan parti Kerajaan Perapaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan dapat memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri.

PH perlu perkukuh sokongan Melayu hadapi PRU16 - Nik Nazmi
Antara cabaran utama menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) ialah usaha memperkukuh semula sokongan dalam kalangan pengundi Melayu.

PRN Melaka: 'Yang bawah tak perlu provokasi' - Puteri UMNO
Puteri Umno menasihatkan pimpinan pemuda dalam Pakatan Harapan (PH) tidak membuat provokasi terhadap parti itu berhubung isu pembahagian kerusi DUN Melaka.

BN tidak akan serah kerusi dimenangi kepada PH - Akmal Saleh
Akmal berkata, semasa rundingan menjelang PRN lalu, PH sukar untuk setuju memberikan kerusi yang dimenangi parti komponennya kepada BN.

PRK Ayer Kuning: Kelesuan politik belia cabaran BN kuasai majoriti tinggi - Ilham Centre
Barisan Nasional tidak akan menghadapi masalah besar untuk muncul pemenang dalam PRK ini, namun persoalan utama sekiranya sasaran majoriti 18,000 undi dapat direbut.

PRK Ayer Kuning: BN lebih berminat 'jual' calon berbanding hentam lawan
Barisan Nasional (BN) lebih berminat untuk 'menjual' calonnya berbanding menghentam pihak lawan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Jentera BN gembleng tenaga tarik pengundi atas pagar - Ahmad
Barisan Nasional (BN) terus melipatgandakan usaha bagi menarik kira-kira 20 peratus pengundi atas pagar.

Bung Moktar umum UMNO Sabah-PH bergabung hadapi PRN17
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan bahawa parti itu akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

26 tahun PKR: Kerajaan Madani terus usaha bawa islah, perbaiki keadaan - Fahmi
PKR bersama rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan, dan Kerajaan Madani akan terus berusaha membawa islah serta memperbaiki keadaan.

Tiada negara boleh maju jika batu api isu kaum, agama - PM Anwar
Kerajaan mengambil pendekatan bersama DAP untuk mengangkat martabat negara dengan tadbir urus yang cekap dan memerlukan dukungan masyarakat pelbagai kaum.