awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PR1MA cadang rancang dua perbandaran baharu di Pulau Pinang, Perak

Bernama
Bernama
12/09/2017
14:40 MYT
PR1MA cadang rancang dua perbandaran baharu di Pulau Pinang, Perak
Projek perumahan rakyat PR1MA yang dilancarkan di banyak negeri lain di seluruh negara sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan. - Gambar fail
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merancang untuk membangunkan dua perbandaran baharu, masing-masing di Teluk Kumbar, Pulau Pinang dan Teluk Intan, Perak.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Mutalib Alias berkata perbandaran di Teluk Intan dijangka dibangunkan di atas kawasan seluas 56.8 hektar merangkumi pembangunan bercampur komersial dan kediaman, manakala di Teluk Kumbar pula dirancang di atas kawasan seluas 44.2 hektar.
"Kami sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri yang berkenaan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Terdahulu Abdul Mutalib mewakili PR1MA menandatangani memorandum perjanjian dengan Institut Perancang Malaysia (MIP) yang diwakili Presidennya Ihsan Zainal Mokhtar bagi memulakan Pertandingan Idea Perbandaran PR1MA-MIP 2017/2018.
Bertemakan 'Youth in Community - Why I See', pertandingan mempelawa belia, siswazah muda dan firma perancang baharu untuk menghasilkan perbandaran yang dapat meningkatkan semangat masyarakat dalam pembangunan yang dirancang baik, lestari dan berdaya tahan.
"PR1MA percaya golongan muda memainkan peranan penting dalam masyarakat. Pertandingan ini akan membolehkan mereka menterjemahkan aspirasi mereka dalam reka bentuk yang bukan sahaja mencerminkan keperluan serta minat mereka tetapi juga peranan golongan itu dalam masyarakat," katanya.
Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai lebih RM100,000 dan maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang PR1MA di https://www.pr1ma.my/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perumahan
#PR1MA
#rakyat Malaysia
#Teluk Intan
#teluk kumbar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan