NATIONAL
Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, perkenal pelbagai fungsi menarik

Prasarana menggesa pengguna mendapatkan versi baharu aplikasi ini bagi menikmati manfaat yang ditawarkan. - Prasarana
KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperkenalkan aplikasi perancang perjalanan MyRapid PULSE baharu, yang bakal memberi pelbagai manfaat kepada pengguna pengangkutan awam kendaliannya, bagi menggantikan versi terdahulu yang ditamatkan hari ini.
Ringkasan AI
- Prasarana Malaysia Berhad memperkenalkan aplikasi baharu untuk membantu pengguna pengangkutan awam merancang perjalanan dengan lebih mudah dan mesra pengguna.
- MyRapid PULSE menyediakan fungsi navigasi perjalanan, ciri "Jelajah Bandar" untuk mengenal pasti lokasi menarik, serta program "Ganjaran dan Promosi" dengan tawaran eksklusif kepada pengguna berdaftar.
- Prasarana menggesa pengguna mendapatkan versi baharu aplikasi ini di Google Play Store dan Apple App Store bagi menikmati manfaat yang ditawarkan, termasuk kemudahan perjalanan serta promosi istimewa.
"Ia akan membantu pengguna mengenal pasti lokasi menarik di sekitar Lembah Klang berdasarkan kategori seperti mercu tanda pelancongan dan sebagainya," menurut kenyataan itu.
Selain itu, MyRapid PULSE yang baharu juga direka sebagai pelengkap gaya hidup moden yang menitikberatkan kesalinghubungan, penerokaan, ganjaran gaya hidup serta kemudahan harian, khusus untuk pengguna pengangkutan awam sama ada untuk tujuan ulang-alik harian mahupun pengembaraan menjelajah bandar.
Aplikasi itu turut memperkenalkan ciri 'Ganjaran dan Promosi' yang memberikan lebih nilai tambahan kepada pengguna berdaftar dengan kerjasama jenama runcit dan gaya hidup terpilih, membolehkan pengguna boleh menikmati pelbagai tawaran eksklusif seperti diskaun pembelian dan promosi khas.
Sehubungan itu, Prasarana menggalakkan semua pengguna untuk memuat turun aplikasi MyRapid PULSE versi baharu di Google Play Store dan Apple App Store untuk menikmati pengalaman perjalanan terkini dan segala ciri ditawarkan.
"Selaras dengan slogan Prasarana iaitu "Memajukan Mobiliti, Memperkaya Pengalaman", Prasarana turut berharap aplikasi ini dapat membantu semua pengguna, khususnya pelancong dan pengguna kali pertama untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih efisien dari satu lokasi ke lokasi lain," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami